Hasrat skuad kebangsaan India untuk menguji kekuatan Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan tier 1 tidak menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menolak permohonan negara tersebut.

Menurut kenyataan daripada Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam Arena Metro, pihaknya telah menerima permohonan daripada beberapa pasukan termasuk India yang berada di ranking 105 dunia.

Bagaimanapun, aksi menentang India tidak dapat diaturkan kerana kes wabak COVID-19 di negara itu cukup tinggi dan terdapat varian yang lebih ganas sehingga mampu menjejaskan kesihatan para pemain dan pegawai pasukan.

“Ada beberapa negara mahu mengadakan aksi persahabatan dan salah satu daripadanya India. Tapi mungkin kita tak dapat langsungkannya kerana kes di negara terbabit tinggi selain varian Covid-19 yang bahaya,” katanya kepada Arena Metro.

M3
Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO: FAM

Namun begitu, FAM tetap merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan lain dan ia bergantung pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Aksi persahabatan pada bulan September, Oktober dan November nanti cukup penting kerana ia boleh membantu mengubah kedudukan raking negara menjelang undian Kelayakan Piala Asia 2023 nantii.

“Kita mahu mengadakan aksi persahabatan tetapi semuanya bergantung kepada pihak pengurusan nanti. Mungkin mudah untuk kita ke luar negara tapi apabila balik kita kena kuarantin selama 14 hari, di mana ia mungkin mengganggu saingan liga (Liga Malaysia) pula nanti.

“Kalau pasukan luar pula yang nak main di sini (Malaysia), mereka kena kuarantin juga, jadi itu semua bukan mudah. Tapi kita tetap akan mengadakan latihan pusat dan kem latihan dalam waktu itu (jendela aksi antarabangsa).

“Kita akan cari jalan terbaik dan solusi untuk selesaikannya dan harap ada perlawanan persahabatan untuk menguji pasukan,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Luqman Hakim Dan Arif Aiman Wajar Diberikan Peluang Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Natxo Insa Tampil Cemerlang, Tiba Masa Kembali Beraksi Bersama Harimau Malaya?

Wan Kuzain Mahu Beraksi Bersama Harimau Malaya