Pasukan negara bermula dengan langkah kiri pada baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 4-0.
Prestasi kurang memberangsangkan terutamanya di bahagian serangan menjadi salah satu punca mengapa skuad kebangsaan gagal untuk menyaingi UAE sekaligus tewas pada perlawanan semalam.
Di bahagian serangan, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe menurunkan Safawi Rasid, Guilherme De Paula dan Mogamadou Sumareh dalam kesebelasan utama bagi menggempur benteng pertahanan lawan.
Kesebelasan utama Malaysia menentang UAE malam ini. #WCQ2022#HarimauMalaya pic.twitter.com/qZk5R9iK88
— VOCKET FC (@vocketfc) June 3, 2021
Namun, ketiga-tiga pemain ini gagal beraksi dengan baik dimana tiada sebarang percubaan berbahaya yang dilakukan selain mensia-siakan peluang yang dimiliki untuk menghasilkan jaringan.
Pada separuh masa kedua, Cheng Hoe memasukkan Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim bagi memberi lebih tekanan kepada barisan pertahanan UAE.
Langkah tersebut dilihat membuahkan hasil dimana Syafiq berjaya membuat percubaan selain memberi tekanan kepada pertahanan lawan semasa mereka memegang bola.
Pada aksi seterusnya menentang Vietnam, kelibat Syafiq, Luqman dan seorang lagi pemain, Arif Aiman boleh dipertimbangkan bagi mengisi jentera serangan pasukan negara.
Kepantasan yang dimiliki oleh Luqman Hakim dan Arif Aiman ditambah dengan ketajaman Syafiq dilihat mampu untuk menghadirkan ancaman ke kubu pertahanan Vietnam.
Ketika ini, tiga pasukan iaitu Malaysia, UAE dan Thailand berkongsi 9 mata dan kemenangan menjadi sasaran seterusnya bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:
Prestasi Hambar Pemain Naturalisasi Terima Kritikan Dari Peminat