Juara Thai League 1, BG Pathum United berjaya menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC dalam perlawanan peringkat kumpulan F saingan AFC Champions League (ACL) sekaligus semakin hampir untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Leo semalam, Viettel terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Pedro Paulo pada minit ke-23. Kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Memasuki separuh masa kedua, BG berjaya bangkit dimana mereka menjaringkan tiga gol menerusi Chaowat Veerachart pada minit ke-56, Andres Tunez pada minit ke-62 dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo pada minit ke-64.

Kemenangan ke atas Viettel ini meletakkan BG Pathum di kedudukan kedua dalam carta kumpulan F, tiga mata dibelakang pendahulu yang juga juara bertahan iaitu Ulsan Hyundai dan enam mata dihadapan wakil tunggal Vietnam itu.

Skuad bimbingan Aurelio Vidmar wajib menewaskan Kaya FC dan Ulsan Hyundai pada dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekiranya mahu muncul sebagai juara kumpulan F.

Namun, satu mata sudah mencukupi untuk bekas kelab Norshahrul Idlan Talaha itu untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Satu lagi kelab dari Asean yang masih mempunyai peluang untuk melepasi peringkat kumpulan ialah Chiangrai United dimana mereka ketika ini menduduki tangga ketiga kumpulan H, dibezakan satu mata dengan Gamba Osaka berbaki dua perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Kerja Keras Fakhrul Zaman Berbaloi, Terus Jadi Sandaran Kelantan United

Setiausaha Agung AFC Beri Bayangan Saingan AFC Cup 2021 Dibatalkan

Kes COVID-19 Tinggi, FAM Tolak Permohonan India Untuk Mengadakan Aksi Persahabatan