Liga Indonesia kembali menjadi sorotan setelah bekas pemain skuad Garuda, Oktovianus Maniani dilarang daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti bola sepak di bawak kelolaan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) setelah menikam pengadil pada perlawanan menentang Mitra Kukar dalam saingan Liga 2.

Para pemain dan pegawai pasukan Persiwa Waropen, kelab yang diwakili oleh Okto tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan yang dianggap tidak menjalankan tugas dengan baik. Kekecohan terus terjadi dan Okto secara tiba-tiba mengambil bendera penjaga garisan dan terus menikam pengadil perlawanan.

Dalam kekecohan tersebut, tidak hanya pengadil perlawanan yang menjadi mangsa malah jurulatih penjaga gol Mitra Kukar, Joice Sorongan turut terken tempiasnya dimana beliau dilaporan mengalami kecederaan ringan.

Setelah meneliti kejadian tersebut, Jawatankuasa Disipiln Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat keputusan untuk melarang Okto Maniani daripada menyertai sebarang aktiviti kelolaaan badan induk itu selama enam bulan.

Selain Okto, ketua jurulatih Persewar Waropen, Eduard Ivakdalam turut dijatuhi hukuman sama selepas beliau diduga terlibat dalam kekecohan yang terjadi.

Polda
Penyokong Indonesia

Liga Indonesia sememangnya penuh dengan kontroversi dan juga kekecohan di kalangan penyokong dimana baru-baru ini penyokong Malaysia yang berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno diserang oleh penyokong tuan rumah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tahun lalu, seorang penyokong Persija Jakarta, Haringga Sirla meninggal dunia setelah dipukul beramai-ramai oleh penyokong Persib Bandung. Kejadian itu menyebabkan Persib terpaksa beraksi di luar kota Bandung dan dikenakan hukuman beraksi tanpa penyokong bagi baki musim 2018.

Baca mengenai perkembangan skuad kebangsaan Indonesia dan juga liga domestik negara tersebut di sini:

Akibat Tertelan Lidah, Pemain Liga Indonesia Ini Nyaris Meninggal Dunia

Andritany Ardhiyasa Jadi Sasaran Amarah Penyokong Indonesia

Warga Indonesia Ini Akui Penyokong Mereka ‘Darurat’ Hormati Pasukan Lawan, Fanatik Itu Boleh, Goblok Itu Jangan.