Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih mesra disapa Zamsaham melebarkan sayap ke negara jiran apabila beliau menjadi pemilik baharu kelab Indonesia, PSPS Riau.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman media sosial Twitter dimana Norizam dilihat menghadiri majlis menandatangani dokumen di Riau baru-baru ini.
#SIF | RESMI!
CEO 🇲🇾 Kelantan FC, Norizam Tukiman resmi membeli PSPS Riau yang berlaga di Liga 2. Norizam Tukiman merupakan orang yang menyelamatkan Kelantan FC dari kebangkrutan tahun lalu. Kebetulan, dalam beberapa musim terakhir PSPS Riau jua dalam keadaan kesulitan finansial pic.twitter.com/EihnDqVqcl
— Sepakbola Indonesia Fansbook (@garudafansbook) May 3, 2021
PSPS Riau beraksi dalam saingan divisyen dua iaitu Liga 2 Indonesia dan kehadiran Norizam dalam kelab tersebut disambut baik oleh ramai pihak.
Peminat di Indonesia mengenali Zamsaham sebagai individu yang menyelamatkan Kelantan dari krisis kewangan yang telah membelenggu pasukan sejak sekian lama.
Rata-rata peminat PSPS berharap agar Zamsaham dapat mengulangi perkara yang beliau lakukan bersama Kelantan sebelum ini kerana kelab itu sentiasa berdepan dengan isu tunggakan gaji.
Untuk maklumat, PSPS merupakan kelab pertama yang disertai oleh pemain import Terengganu ketika ini iaitu Makan Konate ketika memulakan karier di Indonesia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Terengganu Mahu Cari Pemain Import Baharu Ganti Christopher Herd