Bola sepak Indonesia kembali dilanda kontroversi apabila bekas pemain skuad B-23 tahun negara itu, Patrich Wanggai membuat perkara tidak senonoh dalam aksi Liga 2 antara Sulut United vs Martapura FC.
Pada perlawanan tersebut, Wanggai secara tiba-tiba menunjukkan kemaluan beliau ketika digantikan pada separuh masa kedua. Tidak diketahui sebab pemain ini menunjukkan kemaluannya dan lantas peminat bola sepak negara tersebut mengkritik tindakan Wanggai.
Pemenang pingat perak Sukan SEA 2011 ini sememangnya terkenal dengan kontroversi ekoran sikap panas baran beliau. Sebelum ini, Wanggai pernah mengacukan jari tengah terhadap peminat Pserib Bandung ketika beraksi bersama Borneo FC pada musim 2017.
Dua tahun setelah itu, Wanggai kembali mencipta kontroversi apabila beliau menendang perut bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Achmad Jufriyanto dalam satu perlawanan Liga 1.
Pada musim 2019, pemain berusia 33 tahun itu yang beraksi bersama Kalteng Putra bergaduh dengan pemain dan pegawai pasukan Bali United selepas perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.
Tidak cukup dengan itu, Wanggai juga pernah memukul seorang warga awam di Yogyakarta. Mangsa cuba untuk meleraikan pemain itu yang terlibat dengan pergaduhan namun Wanggai secara tiba-tiba memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
pic.twitter.com/TvM9Jz2gqC https://t.co/sogdSFNu0O
— . (@SuporterFC) September 22, 2019
Seorang lagi bekas pemain skuad B-23 tahun Indonesia, Oktovianus Maniani dilarang daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti bola sepak di bawah kelolaan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) setelah menikam pengadil pada perlawanan menentang Mitra Kukar dalam saingan Liga 2.
Para pemain dan pegawai pasukan Persiwa Waropen, kelab yang diwakili oleh Okto tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan yang dianggap tidak menjalankan tugas dengan baik. Kekecohan terus terjadi dan Okto secara tiba-tiba mengambil bendera penjaga garisan dan terus menikam pengadil perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Gagal Di Piala AFF Suzuki 2020, Lim Teong Kim Persoal MFL Dan FAM
Chanathip Songkrasin Muat Naik IG Story ‘Swap’ Jersi Dengan Safawi Rasid, Ucap Semoga Cepat Sembuh
FAM Akui Kegagalan Di Piala Suzuki AFF 2020, Bakal Keluarkan Laporan Bedah Siasat