Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim menyalahkan pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah pasukan negara mengalami kegagalan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.
Teong Kim menganggap MFL membuat kesilapan berkaitan jadual liga domestik yang menyebabkan pasukan negara mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persiapan sekaligus gagal untuk bersaing dengan pasukan lain dalam kumpulan B.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇲🇾 Malaysia 1-4 Indonesia 🇮🇩
🦅 A fantastic 4⃣ from the Garuda sees them claim 🔝 spot in Group 🅱️!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvIDN pic.twitter.com/BXdBQM06tr
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 19, 2021
“Saya ada dengar pasukan negara tidak cukup masa untuk berlatih bersama. Ia tidak boleh salahkan jurulatih kerana ia akan membawa kita lihat kembali jadual Liga Malaysia. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mungkin fikir Liga Malaysia ini seperti di Eropah.
“MFL sebenarnya silap kerana liga kita tak setinggi seperti di Eropah. Ini satu kebenaran. Dan kebenaran ini boleh dilihat ketika aksi bertemu Indonesia.
“Kalau kurang daripada seminggu berlatih kenapa tahap kecergasan mereka tidak boleh bersaing dengan Indonesia. Cara larian dan agresif pemain negara hanya standard untuk bermain di liga sahaja.
“Adakah MFL tak tahu Piala AFF ini berlangsung pada Disember? Mengapa mesti menyusahkan persiapan negara? Dan paling penting adakah MFL dan FAM tidak berbincang dahulu? Dan di sini jurulatih mesti salah kerana tidak bertegas untuk minta tempoh latihan sendiri. Bukan seperti ini. Sekarang semua maki jurulatih,” kata Lim Teong Kim dipetik dari laporan Cakap Sukan.
Malaysia tewas kepada Indonesia pada aksi terakhir peringkat kumpulan B dengan keputusan 4-1 sekaligus mengakhiri saingan edisi kali ini di peringkat kumpulan sekaligus gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum kejohanan bermula iaitu mara ke perlawanan akhir.
Pencapaian ini dilihat sebagai satu kegagalan besar kerana pada edisi sebelumnya, skuad Harimau Malaya berjaya mara ke perlawanan akhir namun terpaksa akur tewas kepada Vietnam.
Pada aksi peringkat separuh akhir, Indonesia akan bertemu Singapura yang juga pasukan tuan rumah manakala Thailand akan bertemu pasukan Thailand.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:
Chanathip Songkrasin Muat Naik IG Story ‘Swap’ Jersi Dengan Safawi Rasid, Ucap Semoga Cepat Sembuh
FAM Akui Kegagalan Di Piala Suzuki AFF 2020, Bakal Keluarkan Laporan Bedah Siasat
Mano Pölking Berterus-Terang 3 Sebab Kenapa Thailand Turunkan ‘Skuad Simpanan’ Berdepan Singapura