Satu perkara yang biasa dalam mana-mana liga bola sepak profesional di seantro dunia ini jika ketua jurulatih ataupun pengurus pasukan dipecat atau direhatkan kerana pasukan yang dibimbing sedang berada dalam prestasi yang kurang baik. Namun, lain pula jadinya dalam saingan Liga Indonesia.

Menurut laporan salah sebuah media bola sepak tempatan iaitu Bolalob, ketua jurulatih dalam saingan Liga 1 dan Liga 2 tidak mendapat peluang dan juga masa yang cukup bagi membuktikan mereka mampu untuk membimbing pasukan.

Setakat ini, sudah lapan jurulatih dari Liga 1 dan sembilan jurulatih dari Liga 2 telah dipecat atau meletak jawatan hanya kerana kelab tidak mendapat keputusan positif dalam beberapa perlawanan. Berikut adalah senarai penuh jurulatih yang telah dipecat atau meletak jawatan:

Liga 1

3 Jun 2019: Ivan Venkov Kolev (Persija Jakarta)
24 Jun 2019: Jacksen Ferreira Tiago (Barito Putera)
30 Jun 2019: Aji Santoso (Persela Lamongan)
30 Jun 2019: Luciano Leandro (Persipura Jayapura)
8 Julai 2019: Syafrianto Rusli (Semen Padang)
28 Julai 2019: Jan Saragih (Perseru Badak Lampung FC)
8 Ogos 2019: Jafri Sastra (PSIS Semarang)
10 Ogos 2019: Djadjang Nurdjaman (Persebaya Surabaya)

Jacksen F Thiago
Bekas ketua jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Thiago meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Barito Putera.
Sumber Gambar: Bolaskor.com

Liga 2

27 Mei 2019: Ibnu Grahan (PSCS Cilacap)
30 Mei 2019: Nazal Mustofa (Persik Kediri)
9 Julai 2019: Vladimir Vujovic (PSIM Yogyakarta)
13 Julai 2019: Freddy Muli (Persibat Batang)
14 Julai 2019: Agus Yuwono (Persis Solo)
14 Julai 2019: Bona Simanjuntak (PSPS Riau)
20 Julai 2019: Salahuddin (Persiba Balikpapan)
24 Julai 2019: Purwanto Suwondo (Persatu Tuban)
11 Ogos 2019: Eduard Tjong (Madura FC)

Jumlah di atas nyata mengejutkan dimana saingan Liga Indonesia masih belum memasuki separuh masa kedua kerana bermula sedikit lewat iaitu pada Mei bagi Liag 1 dan Jun bagi Liga 2 kerana memberi laluan kepada pemilihan umum negara itu.

Faktor utama mengapa terlalu ramai bilangan ketua jurulatih yang kehilangan jawatan ialah kerana pengurusan pasukan mahukan instant success serta enggan memberi masa yang cukup kepada jurulatih tersebut untuk membentuk pasukan. Pengurusan hanya memberikan tiga atau empat perlawanan bagi menilai sama ada jurulatih tersebut masih relevan untuk terus diberikan tugas atau sebaliknya.

Trend pemecatan ini dijangka akan berterusan kerana Liga Indonesia hanya akan menutup tirai pada Disember mendatang.