Bekas Ketua Pengawai Eksekutif NFDP, Safirul Abu Bakar hari ini tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara berkaitan dengan pampasan atau ‘development fee’ para graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang begitu panas diperkatakan terutamanya selepas kenyataan B.Santhianantan beberapa hari lalu.
Safirul terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana beliau terlibat secara langsung dalam memasarkan batch pertama AMD ini.
Saya terpanggil untuk komen sedikit tentang isu ‘pampasan’ atau sefaham saya ‘development fee’ yang sedang hangat diperkatakan kerana
Saya terbabit secara langsung ‘memasarkan’ batch pertama AMD/NFDP seramai 34 orang dan inilah yg menjadi trigger kpd isu ini pic.twitter.com/OOYQhY3JI4
— safirul (@SafirulAbuBakar) December 24, 2019
Kebimbangan Ibu Bapa Dan Pemain Mula Disuarakan
Lebih kurang dalam bulan April atau Mei tahun ini, beberapa orang pemain dan ibu bapa batch pertama AMD ini ada menyatakan sedikit kerisauan tentang masa depan bola sepak mereka selepas keluar dari AMD. Mereka merasakan sesuatu harus dilakukan untuk cuba memasarkan bakat mereka samada di dalam atau luar negara.
Semenjak itu saya secara aktif telah berusaha untuk mencari tempat yang terbaik bagi mereka memulakan karier profesional. Cuma pada ketika itu hanya ada 4 atau 5 video resume pemain-pemain AMD utk saya pasarkan ke luar negara. Saya juga telah berjumpa 2 hingga 3 buah kelab domestik untuk dapatkan pandangan.
Penting utk saya nyatakan di sini, saya TIADA sebarang ikatan sebagai EJEN kepada pemain2 ini
Saya tidak dapat satu sen pun daripada pemain2 ini. Saya hanya ingin membantu kerana saya dah mengenali mereka selama 5 thn lebih dan saya rasa saya dpt menilai bakat mereka
— safirul (@SafirulAbuBakar) December 24, 2019
Syarat Diletakkan Jika Pasukan Domestik Mahu Memiliki Pemain AMD
Ada beberapa syarat yang diletakkan untuk pasukan domestik jika mahu memiliki pemain-pemain ini kerana ianya penting untuk masa depan pemain muda. Syarat ini adalah yang dimohon bersama selepas perbincangan dengan pemain dan juga ibu bapa.
Bagi memendekkan cerita, akhirnya ada satu pasukan tempatan sahaja yg bersetuju dengan semua syarat-syarat tersebut.
Diantara syarat-syaratnya adalah;
- Tandatangan kontrak minimum 2 tahun
- Perlu sign lebih dari 15 org
- Penempatan double room bukan double decker
- Mesti ada exposure game di Liga Super atau Liga Perdana
- Mesti ada Technical Director (TD) yang berkelayakan
- Pengangkutan ke tempat latihan untuk tahun pertama
- KPI menang bukan prioriti untuk skuad piala presiden dan piala belia
- Akses untuk masuk ke UiTM
- Kursus bahasa ke-3
- Gaji minima mengikut gred pemain
Gred bagi pemain-pemain AMD/NFDP akan ditentukan mengikut 5 kategori seperti dibawah;
- Kesebelasan utama skuad kebangsaan.
- Pemain simpanan skuad kebangsaan.
- Dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
- Skuad utama AMD
- Skuad kedua AMD
Maka pada bulan Ogos 2019, pasukan FA Selangor telah menawarkan kontrak kepada semua 34 pemain AMD ini kerana Selangor sedang aktif merancang untuk merevolusikan pasukannya serta membina generasi baharu Merah Kuning.
Perlu diberitahu bahawa bukan mudah untuk pasukan-pasukan tempatan memenuhi semua syarat-syarat tersebut.
Setelah itu berlakulah sedikit ‘bidding war’ dan hasilnya 28 pemain telah sign bersama Selangor, manakala 6 lagi pemain memilih JDT.
Menurut Safirul, beliau tidak pernah memaksa pemain atau ibubapa dan mereka mempunyai sebab dan pandangan masing-masing.
Dalam masa yang sama, Luqman Hakim telah menarik perhatian kelab Belgium, KV Kortrijk dan akan memeterai kontrak profesional pada Mac 2020 apabila beliau mencecah 18 tahun.
Semoga beliau dapat membuka pasaran untuk ramai lagi bakat dari Malaysia.
Kecemerlangan Skuad Brad Maloney Dan Selangor Terus Agresif Scout Pemain Muda
Dalam masa yangg sama, pasukan kebangsaan dibawah bimbingan Brad Maloney amat cemerlang tahun ini, dan FA Selangor meneruskan scouting secara agresif dengann menandatangani 4 lagi pemain dari skuad tersebut yang baru berusia 18 tahun pada tahun ini iaitu;
- Mukhairi Ajmal
- Firdaus Irman
- Aidil Azuan
- Aikmal Roslan
Ini bermakna seramai 15 orang pemain kebangsaan B19 tahun kendalian Brad Maloney tahun ini berada di FA Selangor, malahan ada 10 org lagi pemain B19 tahun yang pernah mendapat panggilan pemilihan sepanjang tahun 2019.
5 Perkara Untuk Memutuskan Tentang Pampasan Pemain AMD
Berbalik kepada isu pampasan yang kini agak panas diperkatakan. Sebelum memutuskan tentang pampasan ada 5 perkara yang perlu diambil cakna seperti;
- Banyak perkara asas berkenaan ekosistem liga profesional dalam negara yang perlu dibincang terlebih dahulu melibatkan semua stakeholders dalam negara
- Kajian impak ekonomi perlu dijalankan terlebih dahulu.
- MFL perlu terbabit dalam jawatankuasa NFDP bagi membincangkan isu ini
- Perlu ada kajian menganai sustainability kerana Malaysia unik disebabkan ada program nasional NFDP. Perlu cari titik pertemuan bersama MFL
- Scouting Regulation dan lain-lain hal melibatkan scouting perlu dikaji dengan mendalam.
Kesimpulannya, banyak perkara perlu penelitian sebelum menetapkan pampasan dan tidak boleh memutuskan sesuatu perkara itu seperti ‘knee-jerk reaction’ hanya kerana pemain AMD ‘laris’ secara tiba-tiba. Perlu difikirkan juga mengenai pemain-pemain lain di SSM, SSN dan juga PLD.
Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Tiada Orang Kacau NFDP Atau AMD, Jangan Putar Belit – Satiananthan
Saad Ichalelene Tiada Perancangan Untuk Membuat Perubahan Dalam NFDP
Bekas CEO NFDP Kongsi Pandangan Mengenai Penjaga Gol Yang Ideal