Musim baharu Liga Vietnam 1 2021 baru sahaja bermula pada 15 Januari lalu namun ia kembali mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat bola sepak negara itu apabila Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) membuat keputusan untuk menangguhkan beberapa perlawanan pada minggu ini susulan peningkatan kes wabak COVID-19.

73 kes baharu dilaporkan berlaku di Hai Duong dan 11 kes lagi di wilayah utara Quang Ninh menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan perlawanan Than Quang Ninh FC menentang Ho Chi Minh City FC yang dijadualkan pada hari esok di stadium wilayah tersebut.

Ia turut menjejaskan perlawanan lain kerana pihak berkuasa bimbang wabak pandemik itu akan merebak disebabkan oleh kedatangan penyokong yang agak ramai. Namun begitu, terdapat juga 3 perlawanan yang akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

“Perkara yang paling penting sekarang adalah keselamatan rakyat,” kata kenyataan daripada wakil pengendali liga.

Pihak berkuasa di Quang Ninh telah pun menutup semua jalan dan semua penduduk tidak dibenarkan rentas daerah. Para pemerhati bola sepak Vietnam juga menjangkakan saingan liga akan ditangguhkan sehingga bulan Februari depan.

https://twitter.com/VietFooty/status/1354984446638895107

Penangguhan perlawanan liga itu memberi kesan yang besar kepada semua pasukan, terutamanya dari segi kewangan. Ia juga menggangu tumpuan mereka dan jadual pertandingan turut terjejas.

Ini kali kedua perlawanan Liga Vietnam ditangguhkan selepas mereka mengambil keputusan yang sama pada tahun lepas sehingga memaksa VFF mengubah format pertandingan dengan mengurangkan jumlah perlawanan dan membahagikan kepada dua frasa.

Baca juga artikel lain mengenai Liga Vietnam yang pernah disiarkan oleh Vocket FC sebelum ini melalui pautan dibawah.

Tiada Penjarakan Sosial, Penonton Liga Vietnam Melimpah Hingga Ke Trek

Lihat Cara ‘Medic’ Liga Vietnam Angkat Pemain Cedera Mirip Gaya Usung Lembu Baling Dalam Sungai

Kelab Mula Risau Penyerang Liga Vietnam Tumpul, Penyerang Import Sekadar ‘Untuk Tujuan Ilustrasi’ Sahaja