Saingan V.League telah kembali selepas 3 bulan tertangguh, tetapi selepas 7 perlawanan berlangsung telah mendedahkan satu realiti yang membimbangkan terutama dibahagian serangan. Bilangan gol yang dijaringkan adalah kecil dan menimbul satu persepsi penyerang saingan liga ini sudah lupa bagaimana untuk menjaringkan gol.

Beberapa komen dari jurulatih pasukan menceritakan bahawa tempoh rehat yang lama disebabkan isu kesihatan global itu telah menjadikan ramai pemain lemau dan gagal mencapai prestasi yang dikehendaki.

Baru-baru ini juga ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo turut menyuarakan kerisauan mengenai perkara yang sama terutama penyerang tempatan yang gagal mempamerkan aksi yang memuaskan.

Keluhan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak kelan V.League yang banyak memberikan keutamaan kepada penyerang asing berbanding penyerang tempatan seterusnya menghadkan peluang untuk penyerang tempatan mempamerkan aksi tajam.

Dari 12 gol yang dijaringkan dalam pusingan ke-3, 6 daripadanya disumbat oleh pemain tempatan. Namun, hanya 1 gol dijaringkan oleh pemain diposisi penyerang iaitu Nguyen Van Quyet.

Ada beberapa pemerhati liga tempatan negara itu mengatakan bahawa, pemain import dalam pasukan hanya untuk ‘menambah seri’ sahaja dan bukan prestasi jadi keutamaan. Mereka ini dikategorikan sebagai ‘untuk tujuan ilustrasi’ sahaja, disebabkan prestasi menjaringkan gol yang lemah.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Lihat Keadaan Padang Stadium Mitr Phol Yang ‘Menggiurkan’ Ini, Siap Siaga ‘Menyambut’ Pembeli Barangan Rasmi Kelab

Pemain Liga Vietnam Ini Patah Kaki, Namun ‘Pengendalian’ Kecederaan Serius Begini Menjadi Persoalan.

Sumber