BBC telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi kepada seluruh peminat Manchester United.

Ini selepas satu kesilapan yang dianggap sangat tidak profesional berlaku ketika satu siaran berita mereka.

Dengan tertera tulisa “Manchester United are rubbish” ataupun “Manchester United adalah sampah” ketika siaran langsung berita.

Perkara itu benar benar mengejutkan ramai pihak lebih lebih lagi BBC merupakan media di tv kebangsaan England.

BBC yang baru sedar akan perkara itu kemudian tampil dengan permohonan maaf terbuka menerusi siaran rasmi tv dan juga laman web rasmi mereka.

Dalam kenyataan rasminya, BBC berkata: “BBC telah meminta maaf selepas terpampang perkataan Manchester are rubbish.”

“Teks tersebut muncul pada ticker [teks berita yang berjalan di bawah] ketika berita tenis selepas 9.30 pagi Selasa.”

Seterusnya BBC menegaskan bahawa, kejadian itu tidak disengajakan. Ini kerana seorang staf pelatif mereka sedang belajar menggunakan ticker tersebut. Malangnya apa yang dia tulis terpampang pada siaran langsung berita.

BBC menambah:

“Awal pagi ini [pagi berikutnya], pembaca berita Annita McVeigh meminta maaf kepada semua penyokong Manchester United yang tersinggung.”

“Dia menyatakan bahawa kesilapan itu berlaku kerana staf trainee masih belajar cara mengendalikan ticker rersebut dan menulis ayat ayat secara spontan.”

“Antara mesej pelik lain yang muncul pada ticker tu : ‘Cuaca hujan di mana sahaja’.”

Ramai peminat Manchester United menuduh BBC sebagai sangat tidak profesional. Seterusnya, ia juga menggambarkan tahap pemikiran seseorang staf mereka yang kebudak budakan.

Namun ada juga peminat Manchester United yang santai menerima perkara itu dengan menyatakan bahawa itu memang hakikatnya, biar pasukan mereka sedar diri. Dan mereka merasakan bahawa BBC tak perlu meminta maaf di atas laporan fakta bukannya berita palsu.

https://twitter.com/EssoPorch/status/1529213286776020992

Ada juga yang troll balik BBC dengan berkata: “Ini sangat jarang berlaku, BBC melaporkan kebenaran.”