Wartawan BBC telah menuai kritikan pedas dan dikecam teruk apabila bertanyakan soalan yang provokatif kepada kapten Maghribi ketika sidang media Piala Dunia Wanita 2023.

Baca Juga:

Wartawan tersebut bertanya kepada Ghizlane Chebbak dengan soalan:

“Maaf ini soalan berbaur politik sedikit. Di Maghribi, ianya haram untuk mengadakan hubungan sejenis. Soalan saya kepada kamu, dalam pasukan Maghribi sekarang ini, ada tak pemain yang bernafsu sejenis.”

“Dan, jika ada bagaimana kehidupan mereka di negara kamu yang mengharamkan hubungan seperti itu?”

Ghizlane tergaman dan tidak menyangka sama sekali soalan seperti itu boleh muncul dalam sidang media bola sepak. Kerana ia jelas sekali berbaur politik dan provokasi ke atas Maghribi yang merupakan negara Islam.

Di Maghribi ada undang undang khas melarang hubungan sejenis selain daripada larangan dari sudut keagamaan. Perundangan negara itu menyatakan, jika rakyat Maghribi didapati berhubungan sejenis, mereka akan dipenjara 3 tahun dan didneda 1,200 dirham.

Oleh itu golongan pro hubungan sejnis telah membidas perundangan negara itu yang dianggap menekan rakyat dan mencabuli hak kebebasan manusia.

Ghizlane hanya memberikan reaksi tersenyum sinis kepada soalan tersebut.

Di media sosial, netizen membantai wartawan BBC tersebut yang tidak diketahui namanya.

Wartawan CBC Sports, Shireen Ahmed menulis: “Benar benar terbabas dari landasan dah ni.”

“Bertanya kepada pemain itu untuk tahu kalau ada rakannya yang songsang sedangkan kamu tahu ianya tidak dibenarkan [di negara mereka] adalah pelik dan di terkeluar dari landasan.”

Shireen simpati dengan Ghizlane yang berdepan dengan wartawan yang tidak beretika dan boleh mendedahkan pemain itu kepada serangan daripada puak pelangi.

Penulis The Athletic, yang juga bekas pemain bola sepak profesional wanita, Steph Yang berkata melabel soalan itu sebagai tidak sepatutnya ditanya.

“Inilah sebabnya kita berjuang untuk diversiti dalam dunia penulisan sukan. Soalan seperti ini meletakkan pemain dalam bahaya. Kami yang pernah berada di tempat beliau [sebagai pemain profesional], kami tahulah.”

Steph meminta BBC untuk menyiapkan wartawan mereka dengan lebih ilmu tentang bola sepak agar tidak melalut bertanya soalan asal boleh dengan bertanya soalan tiada kaitan dengan bola sepak.

BBC dilaporkan sudah memberikan respon kepada kritikan yang mereka terima tentang wartawan yang mereka yang dikecam itu.

BBC berkata: “Kami mengenalpasti bahawa soalan itu tidak sepatutnya ditanya. Namun wartawan kami tiada niat untuk mengakibatkan sebarang bahaya atau kegentaran.”