FA Maghribi telah membuat aduan kepada FIFA mengenai pengadil yang menurut mereka telah membuat pengadilan lemah semasa pertembungan separuh akhir Piala Dunia menentang Perancis.
Baca Juga:
- Perancis vs Morocco: Gol Hernandez Dan Kolo Muani Bawa Les Bleus Ke Final Piala Dunia
- Presiden AC Milan Klaim Sumbangan Kelab Itu Bantu Perancis Sehingga Ke Semfinal
- England vs Perancis: Kane Robek Jiwa Penyokong Three Lions, Les Blues Ke Separuh Akhir
Juara bertahan, Perancis, mengesahkan tempat mereka pada perlawanan akhir Ahad menentang Argentina selepas jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani membolehkan mereka menang 2-0.
Maghribi kini telah meluahkan rasa marah mereka terhadap beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil, Cesar Ramos semasa perlawanan itu.
Antara kejadian yang menarik perhatian ramai adalah insiden pada separuh masa pertama, Hernandez dan pemain sayap Maghribi Sofiane Boufal bertembung di dalam kawasan penalti Perancis.
Di mana pemain Maghribi, Sofiane Boufal dilayangkan kad kuning oleh Ramos yang mendakwa pemain itu mengasari Hernandez.
Bagaimanapun, tayangan semula nampaknya menunjukkan bahawa Hernandez adalah pemain yang terlebih dahulu melakukan kontak dan mengasari Boufal selepas dia kehilangan keseimbangan.
espèce d’enculer tu va me dire que c’est boufal qui fonce dans hernandez là??? pic.twitter.com/BrRqicTfAB
— PAUpaul (@pa_upaul) December 15, 2022
Insiden itu membuatkan peminat Maghribi bertegas bahawa mereka sepatutnya diberikan penalti yang jelas.
Satu kenyataan dari Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi turut menuntut 2 penalti yang sepatutnya mereka dapat. Namun malangnya, keadilan tidak memihak kepada mereka.
FRMF dalam kenyataannya berkata:
“Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi (FRMF) membantah sekeras-kerasnya pengadilan perlawanan Maghribi-Perancis yang diadili oleh En. Cesar Arturo Ramos.”
“Untuk tujuan ini, FRMF menghantar surat aduan rasmi kepada badan berwibawa untuk merujuk semula kepada situasi pengadilan yang menafikan situasi yang sepatutnya memihak kepada Maghribi dalam dua penalti yang tidak dapat dipertikaikan pada pendapat beberapa pakar pengadilan.”
“FRMF juga melahirkan rasa sangat hairan bahawa sistem Video Assistance Referee (VAR) tidak bertindak balas terhadap situasi pengadilan ini.”
FRMF turut menyatakan kekesalan mereka dengan FIFA yang seolah olah sambil lewa dalam isu berkaitan mutu pengadilan.
Ramai peminat Maghribi turut mengecam mutu pengadilan dan mereka menyatakan mereka sedih kerana mendapat pengadil yang teruk.
Maghribi masih ada satu lagi perlawanan selepas ini, iaitu penentuan tempat ketiga. Mereka sebenarnya sudah mencipta sejarah menamatkan kempen Piala Dunia di tempat terbaik yang pernah mereka cipta.
Menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir. Jika berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga, ianya pasti dianggap sejarah gemilang untuk pasukan Singa Atlas itu.