BBC telah mengumumkan bahawa bekas kapten England, Gary Lineker telah digantung daripada tugasan, serta diminta untuk meletak jawatan daripada program Match of the Day berikutan komen terbarunya tentang polisi terbaru kerajaan berkaitan pelarian serta pencari suaka.
Baca Juga:
- Bayern vs PSG: Die Roten Singkirkan Les Parisiens
- Perak vs Sri Pahang: Lim Teong Kim Kecewa Dengan Mutu Pengadil
- Lineker Anggap Perdebatan GOAT Sudah Dimenangi Messi Berbanding Ronaldo
Lineker tidak akan mengacarakan rancangan itu pada minggu ini. Ianya merupakan rancangan yang dianggap flagship daripada BBC.
Namun Lineker membuatkan pihak kerajaan membidas pandangannya dan mahukan dia berundur segera daripada Macth Of The Day.
Apa yang Lineker kritik?
Lineker membantah udang undang baharu yang diumumkan kerajaan UK berkaitan dengan pelarian yang mencarik suaka. Ianya digelar sebagai peraturan ‘Stop the boats’.
Jika pelarian tersebut datang menggunakan bot kecil cuba memasuki UK untuk mencari suaka, maka di bawah polisi bahru kerajaan, mereka akan dihantar pulang ke negara asal mereka atau ke Rwanda.
Lineker yang sebelum ini pernah membawa pelarian berteduh di rumahnya telah memuat naik video Setiausaha Kerajaan, Suellea Braverman dan menulis komen: “Ini lebih daripada memalukan.”
🗣️ “Enough is enough. We must stop the boats.”@SuellaBraverman, The Home Secretary. pic.twitter.com/Ni4nhuh44b
— Home Office (@ukhomeoffice) March 7, 2023
Menjawab komen yang mempertahankan tindakan kerajaan itu, Lineker menambah: “Ini adalah polisi yang terlalu kejam yang ditujukan kepada manusia yang rapuh, dalam bahasa yang berbeza seperti yang digunakan Jerman pada 30-an, dan kamu kata saya hilang pertimbangan?”
Jurucakap Perdana Menteri Rishi Sunak berkata komen Lineker itu tidak boleh diterima.
Namun Lineker menegaskan dia akan terus tegas bercakap untuk sesiapa sahaja yang ditindas dan suara mereka tidak didengari.
BBC kemudian memberikan amaran kepad Gary Lineker, bahawa dia harus mempersetujui peraturan terbaru penggunaan media sosial, jika dia mahu kembali bertugas di BBC.
Pihak BBC sudah mengambil tindakan dalaman dan menyatakan bahawa Gary Lineker digantung sektika daripada tugasan beliau.
BBC malah mencadangkan agar Lineker meletak jawatan selepas komen itu.
Beberapa pundit sudah menyatakan bahawa mereka memboikot untuk muncul dalam MOTD sebagai solidariti kepada Lineker.
Ini termasuk Alan Shearer, Ian Wright, Micah Richards dan ramai lagi.
https://twitter.com/RyanTaylorSport/status/1634283013067493384
Seterusnya, Piers Morgan mengecam tindakan BBC. Kerana menurutnya, di UK sekarang ini, meluahkan pendapat peribadi pun boleh membuatkan seseorang itu dianggap pesalah undang undang.
Ada juga mengecam BBC sebagai hipkorit. Di mana Gary Lineker dibenarkan untuk mengkritik isu penindasan kemanusiaan di Qatar ketika Piala Dunia 2022. Namun dilarang untuk memberikan komen tentang isu kemanusiaan melibatkan polisi kerajaan negaranya.
He can comment on human rights in Qatar whilst presenting the BBC’s coverage of the World Cup but he can’t comment on the state of his OWN country’s government for himself.
How does that balance up, then? https://t.co/BhovYHJqg9— Reece Dinsdale đź‘€ (@reece_dinsdale) March 10, 2023