Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pembayaran kedua hak penyiaran pasukan Liga Malaysia 2019 akan dilunaskan selewat-lewatnya pada bulan November depan.

Sebelum ini, badan pentadbir liga itu mengumumkan hak penyiaran akan dibayar kepada semua pasukan Liga Super dan Liga Premier sebanyak dua kali iaitu fasa pertama pada 15 Julai dan fasa kedua pada 15 Ogos 2019.

Bagaimanapun, agihan bayaran fasa kedua masih belum dijelaskan sehingga kini berikutan kesukaran MFL untuk mencari penaja selepas Telekom Malaysia (TM) mengumumkan penarikan diri sebagai penaja utama.

Program Kawalan Ekonomi
MFL

“Memang ketua pegawai eksekutif (CEO) MFL (Kevin Ramalingam) sudah menjangkakan 15 Ogos lalu kami sudah dapat membuat pembayaran kali kedua tetapi ia tidak juga berlaku.

“Nilai RM3 juta itu akan tetap dilunaskan cuma kami masih perlukan masa atas kekangan yang seperti semua sedia maklum ekoran ketiadaan penaja. Kami akan berusaha keras untuk melunaskannya selewat-lewatnya November ini,” kata Yusoff Mahadi dalam Stadium Astro

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Jefri Lana berharap mereka menerima bayaran tersebut dengan lebih awal supaya dapat menyelesaikan tunggakan gaji pemain dengan segera.

“Saya harap kami dapat awal dan saya dengar (kami akan terima geran pada) November depan. Saya harap FAM dan MFL dapat membantu,” kata Nokman.

Nokman Mustaffa
FOTO: Stadium Astro

“Liga hampir tamat, kami juga akan tutup kedai. Baru-baru ini kami mengadakan mesyuarat exco dan berbincang bagaimana untuk membayar gaji tertunggak untuk menghabiskan musim ini.

“Penyelesaiannya, kami akan meminta bantuan daripada Kerajaan Negeri,” kata Jefri Lana.

Tahukah anda, pasukan Liga Malaysia perlu bersedia dari segi kewangan mulai musim depan berikutan pengurangan jumlah geran tahunan. Baca pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Sukar Dapat Penaja, Geran Tahunan Pasukan Liga Malaysia Mungkin Dikurangkan