Nota: Artikel ini telah diterbitkan selepas mendapat kebenaran penulis Juan Budiman, dimana beliau telah memberikan pendapat beliau dilaman sosial Twitter. Gambar diatas adalah ketika beliau berada di China.
Seorang penyokong tegar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui laman sosial Twitter, menjawab beberapa persoalan yang mengatakan bahawa JDT adalah punca liga bola sepak Malaysia sudah menjadi bosan.
Saudara Juan Budiman dalam kenyataan balas kepada persoalan itu, telah memberikan sedikit penerangan mengenai bagaimana kelab JDT beroperasi, sebelum meneruskan jawapan beliau.
1.’Misconception‘ Dalam Bola Sepak Malaysia, Duit Tidak Mampu Beli Kejayaan.
Sebelum terus terjun menyangkal pelbagai dakwaan yang dilontarkan, beliau membuka perbincangan dengan memberikan beberapa penjelasan ringkas mengenai ‘misconception‘ dalam bola sepak Malaysia.
“Duit tidak mampu beli kejayaan.”
Misconception dlm bolasepak Malaysia. Money literally cannot buy you success. JDT employed the right people, the right coaching staff, the right quality players. The money was used to accelerate the growth & close the gap faster.
Globally misunderstood as financial doping. https://t.co/yM0IN2B81z
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 4, 2019
FYI, JDT telah dikurniakan 100 ekar tanah, 70 utk stadium & 30 utk pusat latihan di Kulaijaya. Tidak semua akan digunakan utk bina 2 fasiliti hebat ini. Selebihnya akan dijadikan pusat komersial dgn tujuan menjana pendapatan.
JDT is looking to have a budget of 100-120mil/year.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 4, 2019
Penyokong juga menyumbang kepada sumber pendapatan JDT. Approx. 3500 pas bermusim dilanggan setiap tahun semenjak 2014. Ini saja sudah RM3 juta setahun. Belum masuk kutipan tiket biasa. Jumlah kehadiran di Larkin adalah yang tertinggi di LigaM sejak penubuhan.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 4, 2019
Kesimpulannya utk tuduh JDT tabur duit semata-mata utk beli piala tidak tepat.
Yang penting tidak perlu banding JDT &Selangor kerana pasti masing2 ada resipi kejayaan sendiri.
Mari raikan perubahan bolasepak negara.(Kecuali Perlis)
Maaf menyelit. šš¼
Sekian luahan peribadi.— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 4, 2019
2. Struktur Dan Konsep ‘Feeder Club/Development’ JDT
Seterusnya, beliau menceritakan bagaimana struktur dan konsepĀ feeder club/developmentĀ yang menjadi amalan JDT.
Maklumat lanjut boleh dibaca dalam thread dibawah.
Selangor tahun depan akan diwakili oleh satu pasukan sahaja. Langkah ini masuk akal. Kenapa kongsi 24juta bagi 3 pasukan kalau boleh fokus semua pada satu pasukan?
Senang cerita Selangor mampu berdiri sama tinggi (financially) dgn JDT,Pahang &Terengganu. https://t.co/krqz34HnsH
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 17, 2019
Sebagai perbandingan JDT ada 8 pasukan:
1. JDT MSL
2. JDTII MPL
3. JDTIII P.Presiden B21
4. JDTIV P.Belia B19
5. JDTV B17
6. JDT B15
7. JDT B14
8. JDT B13JDT minimum ada 148 pemain.
Terengganu ada 6 pasukan dgn jumlah minimum 112 pemain.
Ini belum kira barisan jurulatih.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 17, 2019
Mulanya JDT nampak ada jurang (gap)bila promote pemain dari P.Presiden ke Skuad Senior. Juara berganda tak boleh ambil risiko bawa pemain āmentahā & harap dia beraksi tahap pro.
Kalau dia xperform, mentaliti & keyakinan diri akan merudum. peminat pasti akan kecam.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 17, 2019
Berbalik semua pada Selangor. Development team ni tak wajib pun. Tak payah pun tiada masalah. Terpulanglah nak labur jadi pasukan elit atau fokus pada pembangunan anak jati.
Akhir kata, secara peribadi langkah ini bagus buat Selangor dari segi kewangan & tadbir urus. āš¼
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 17, 2019
3. Isu Berkaitan Dengan Financial Fair Play (FFP) Yang Perlu Difahami
Berkait dengan isu FFP ini, saudara Juan Budiman menjelaskan bahawa ada segelintir yang masih belum jelas mengenainya dan memberikan penerangan ringkas.
FFP is not about the amount that you spend. Clubs competing in UEFA tournaments must ensure that they donāt accumulate >ā¬30mil over three seasons (average ā¬10mil/year). https://t.co/YldNWByh4p
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 8, 2019
Even if thereās no regulations on transfers, doubt that Real Madrid will be in any danger. Always top 3 football clubs with revenue >ā¬700mil & zero debts.
As long as they maintain salary at industry standard of <65% they should be okay.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 8, 2019
4. Masalah Utama Adalah Tahap Profesionalisme Pasukan Dalam Liga Malaysia
Selain itu juga, tahap profesionalisme pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia yang masih tidak mahu mengikut perkara-perkara yang terkandung dalam AFC Club License Regulations (CLR).
Kebanyakan kelab dalam Liga Malaysia mempunyai masalah dalam ‘Financial & Business Criteria‘.
Pihak kelab juga mempunyai kesukaran untuk memahami kehendak CLR, dan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan prihatin mengadakan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE).
Benda ni MINIMUM Requirement.
Nak bertanding kena ada LESEN.
Nak lesen kena LULUS CLR.
JDT bukan sekadar LULUS, tapi dah tahap tulis buku teks sendiri.Kelab tak paham CLR?FAM sikit punya prihatin buat ACE program pimpin tangan ahli gabungan
Stronger affiliates, stronger FAM pic.twitter.com/oY5TvVDPoh
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 7, 2019
5. Tiada Pemain Berstatus ‘Proven Star‘ Dibeli Oleh JDT
Menjawab persoalan yang dilemparkan, JDT ‘menyapu’ semua pemain ‘Proven Star‘, dimana pasukan pencari bakat JDT dan kenapa tidak membeli pemain yang berpotensi tinggi, ini jawapan saudara Juan Budiman kepada Ambok Izwan.
Mungkin isu anak jati yang buat saudara ini tak puas hati sgt dgn JDT.
Dah berbuih rasanya menjawab soalan ini.
JDT musim 2019 hanya beli 2 pemain tempatan.
Secara teknikal, Akhyar Rasid & Syazwan Andik masuk sebagai FREE AGENT(tebus kontrak & pembatalan kontrak)— Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 7, 2019
Rombakan skuad bukan benda aneh dalam bolasepak. Setiap tahun pasti ada keluar-masuk. Jadi apa masalah kalau JDT beli pemain yg bagus setiap tahun?
Setahu aku Atletico Bilbao sahaja yg ada polisi 100% anak jati.
Sila baca: https://t.co/kZgnOgFzob
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 7, 2019
6. JDT Bayar Gaji Tinggi Kepada Pemain
Bagi menjawab persoalan ini pula, beliau telah merujuk kepada sebuah kajian yang telah diterbitkan dalam sebuah buku SoccernomicsĀ yang merumuskan bahawa, semakin tinggi gaji semakin tinggi posisi sesebuah pasukan itu dalam kedudukan liga.
Beliau juga turut menyarankan supaya para pembaca lain meluangkan masa untuk membaca buku tersebut dan fahamkan bahawa untuk menjadi juara, faktor kewangan pasukan perlu kukuh.
JDT bayar gaji tinggi?
Ada satu kajian dikongsi dlm buku Soccernomics yg merumuskan bahawa lagi tinggi gaji,maka lagi tinggi posisi di liga.Sila baca & hadam sebab dah terbukti salah satu faktor jadi juara kena ada kewangan yg kukuh.
āKualiti menarik Kualitiā pic.twitter.com/htDtLJvVkO
ā Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 7, 2019
7. Liga Malaysia Sebenarnya Tidak Hambar Seperti Diperkatakan
Saudara Juan Budiman juga turut menyangkal dakwaan bahawa Liga Malaysia sudah jadi hambar seperti yang diperkatakan.
Beliau merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh FIFA mengenai perpindahan keluar masuk pemain ke Liga Malaysia.
Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia berada dikedudukan ke-7 bagi kemasukan pemain dan ke-9 bagi pemain yang keluar diperingkat Asia dan ke-2 ASEAN dibelakang Thailand.
Ini menunjukkan bahawa Liga Malaysia memiliki daya penarik tersendiri dan bukanlah ‘dire & boring‘ seperti diperkatakan.
Kalau rujuk pada laporan FIFA ttg perpindahan pemain,Liga Malaysia berada di kedudukan ke-7(incoming) & ke-9(outgoing) di ASIA & ke-2 ASEAN dibelakang Thailand.
Ini menunjukkan liga kita masih ada daya penarik.Bukanlah ādire & boringā seperti yg dimomokkan saudara @ambokizwan pic.twitter.com/ciZLKfwDAa— Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 7, 2019
8. Perkara Utama Yang Dipelajari Dari KOPSEL Untuk Selamatkan Bola Sepak
Menjawab kenyataan yang mengatakan bahawa 3 elemen penting dalam bola sepak seperti yang dinyatakan oleh Ambok Izwan iaitu;
- Pasukan
- Penyokong
- Duit
Juan Budiman menjelaskan bahawa, beliau telah mempelajari 3 elemen utama yang wajib ada bagi menyelamatkan bola sepak Malaysia dari KOPSEL adalah;
- Penswastaan
- Profesionalisme
- Integriti
Beliau juga dengan nada tegas menyatakan bahawa, sekiranya JDT dikeluarkan sekalipun, tanpa 3 elemen utama yang wajib ada diatas, sesebuah pasukan itu akan melingkup juga penghujungnya.
Tidak pasti mana dia dapat tentang Team, Fans & Money tapi aku kongsi 3 perkara dari apa yg aku belajar dari @_KOPSEL yang akan selamatkan bolasepak Malaysia:
1. PENSWASTAAN
2. PROFESIONALISME
3. INTEGRITIKau buang JDT pun kalau tiada 3 benda ini akan lingkup juga.
Sekian pic.twitter.com/5s7GBVG15X
ā Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 7, 2019
8 perkara diatas adalah jawapan yang diberikan oleh seorang penyokong tegar JDT dan juga Harimau Malaya, dan sekiranya anda mempunyai hujah dan fakta sendiri mengenai perkara ini, komen dan pendapat anda amatlah dihargai.