Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan geran tahunan untuk pasukan Liga Malaysia pada musim hadapan kemungkinan akan dikurangkan bergantung kepada nilai tajaan yang diterima.

Menurut laporan daripada Bernama, ia berpunca daripada kesukaran MFL mendapatkan penajaan sekaligus menyaksikan badan pentadbir Liga Malaysia itu menghadapi masalah kewangan.

“Mungkin tahun depan tak dapat lagi RM3 juta dan RM1.5 juta. Kita akan memberi mengikut nilai (tajaan) berapa yang kita dapat dan nilai yang dijanjikan tahun ini itu, kita buat berdasarkan kepada nilai sepatutnya kita terima daripada penaja lepas,” kata Yusof Mahadi kepada pihak media.

Program Kawalan Ekonomi

Musim ini, MFL melunaskan geran tahunan bernilai RM3 juta kepada pasukan Liga Super dan RM1.5 juta kepada pasukan Liga Premier secara berperingkat bermula pada bulan Julai lalu yang sepatutnya dilangsaikan pada awal musim.

Hal ini kerana MFL berdepan kesukaran untuk menyelesaikan pembayaran itu selepas Telekom Malaysia (TM) mengumumkan penarikan diri sebagai penaja utama sehingga menyebabkan MFL bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat telekomunikasi negara itu.

Malah, baki geran tahunan berjumlah RM1.5 juta untuk pasukan Liga Super dan RM500,000 untuk pasukan Liga Premier akan mula dilunaskan selewat-lewatnya November ini.

“Komitmen nak membayar itu masih ada…jadi nilai RM3 juta dan RM1 juta tetap akan dilunaskan, cuma sekarang ini kita masih perlukan masa atas kekangan yang semua sedia maklum bahawa kita tidak dapat penaja tahun ini.

“Tetapi MFL sedang bekerja keras supaya seboleh-bolehnya kita dapat melunaskan baki 50 peratus itu pada bulan November selewat-lewatnya. Jadi kena sabar sikit sebab kita dalam usaha memastikan apa dijanjikan pada tahun lepas dapat ditunaikan sepenuhnya,” jelasnya.

Zainal Abidin Hassan
Sumber Gambar: Sukan Sinar

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL Kevin Ramalingam enggan mengulas mengenai kelewatan itu mahupun pengurangan jumlah geran tahunan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Anggota kanan (lembaga) telahpun memberikan komen (berkaitan perkara ini) … Ini bermakna saya tidak lagi perlu membuat sebarang komen.. Kita lakukan semua yang kita boleh dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya,” katanya.

Tahukah anda, beberapa syarikat dari luar negara berminat untuk melabur dalam hak penyiaran Liga Malaysia. Baca lebih lanjut.

Syarikat Dari Amerika, Singapura, Dan United Kingdom Berminat Melabur Dalam Hak Penyiaran Liga Malaysia

MFL Dan EVC Akan Umumkan Pakej Hak Penyiaran Dalam Masa Terdekat

Sumber