Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan berpuas hati dengan barisan pemain baharu yang ditandatangani sekaligus menyifatkan barisan sedia ada merupakan barisan terbaik.

Menurut Satia, pemain yang dibawa masuk sememangnya berada dalam senarai pemerhatian dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana berjaya menandatangani pemain yang dikehendaki.

B.Satianathan
Sumber Gambar: MFL

“Semua pemain ini adalah pilihan saya. Jadi terima kasih kepada pengurusan yang bertungkus lumus menjayakan perkara ini. Saya berjaya mendapatkan pemain yang akan menjadi tonggak Selangor bagi musim 2020.

“Saya yakin kehadiran mereka khususnya di barisan pertahanan dapat membantu mengatasi masalah yang sering kita hadapi pada musim ini namun kita perlu terus bekerja keras untuk memantapkan lagi persediaan menjelang musim baru nanti.

“Tetapi apa yang saya lihat, saya optimis skuad kali ini dapat pergi lebih jauh berbanding musim 2019,” katanya menurut laporan Berita Harian.

B.Satianathan
Salah seorang pemain baharu Selangor, Rodney Celvin. Sumber Gambar: PKNS FC

Tambah B.Satianathan, pasukannya telah memulakan latihan dan telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Selangor akan menyertai saingan Asia Challenge Cup pada pertengahan Januari dan bakal terbang ke China bagi menyertai kejohanan jemputan Piala Tahun Baru.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Michael Feichtenbeiner Isi Jawatan Pengarah Teknikal Selangor FA

Safuwan Baharudin Sah Sertai Pasukan Selangor

Liga Malaysia 2020: Pemain Kelahiran Manchester Sah Sertai Selangor