Teka-teki mengenai masa hadapan pemain tengah pasukan kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin akhirnya terjawab apabila pemain itu sah menyertai pasukan Selangor bagi saingan Liga Malaysia musim 2020.
Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut pada hari ini.
OUR NEW ASEAN PLAYER! pic.twitter.com/HHkCRMeDI1
— Selangor FC (@selangorfc) December 11, 2019
“Bekas pemain Melbourne City FC dan juga pemain utama pasukan Singapura, Safuwan Baharuddin menjadi pemain import terakhir yang ditandatangani oleh Red Giants bagi musim ini,” kata FAS.
Bekas pemain Melbourne City FC dan PDRM FA itu meninggalkan Pahang setelah dua musim bersama pasukan itu. Safuwan membuat Gajah, beliau berjaya mencatat 36 penampilan dengan dua gol berjaya dijaringkan.
Besar kemungkinan pemain yang membantu Lions XII memenangi Liga Super musim 2013 ini akan diletakkan sama ada di bahagian pertahanan atau tengah.
Baca artikel lain mengenai Safuwan Baharudin di sini:
Safuwan Baharudin Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Selangor
Safuwan Baharudin Sah Angkat Kaki Daripada Skuad Tok Gajah Musim Depan