Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon, mengesahkan bekas jurulatih MPPJ FC, Michael Feichtenbeiner dipilih sebagai pengarah teknikal bagi musim 2020 menurut laporan daripada Stadium Astro.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mewajibkan semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia perlu mempunyai jawatan pengarah teknikal untuk memastikan sistem mereka lebih seragam di semua peringkat umur, dari peringkat akar umbi hingga elit.

Menurut Johan, Feichtenbeiner menjadi pilihan FAS berdasarkan pengalamannya terlibat dalam program pembangunan bola sepak Jerman dan beberapa kelab terkemuka di sana.

“Pengalamannya dalam pembangunan (bola sepak) sangat luas. Dia pernah terlibat dengan pasukan Stuttgart, Salzburg dan skuad kebangsaan Jerman.

“Dia bekerja dengan amat rapat bersama Persatuan Bola Sepak Jerman dan ketua jurulatih, Joachim Low. Jadi, itulah perkara-perkara yang kami lihat dia mampu bawa ke dalam pasukan Selangor,” katanya dalam Stadium Astro.

fde3cb917f61255eae594714a26225aa
Michael Feichtenbeiner bersama skuad bawah 18 tahun Jerman. FOTO: Gettyimages/Alexander Hassenstein

Selain menguruskan program akar umbi Selangor, Feichtenbeiner juga turut melatih pasukan ‘feeder club’, Selangor II dalam saingan Liga Premier musim depan.

Kebanyakan pemain dalam pasukan itu terdiri daripada pemain muda tanpa khidmat pemain import.

“Selepas dua tahun, kita akan dapat lihat satu sistem yang digunakan pasukan Selangor daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat senior.

“Itulah yang kami mahu ciptakan. Ia mungkin memakan masa tetapi kami yakin ia merupakan jalan yang tepat dan dia merupakan individu yang tepat untuk (kami) mencapai sasaran itu,” tambahnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia yang kami sediakan untuk anda.

Ranking FIFA Vietnam Alami Kenaikan Mendadak Sejak Dikendalikan Park Hang-seo

48 Kelab J.League Lulus Perlesenan Kelab AFC Untuk Tahun 2020, Liga Paling Banyak Terima Lesen AFC Di Asia

Firza Andika Intai Peluang Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Depan

Sumber