Pemain muda dari Indonesia yang dilaporkan bakal menyertai kelab K.League 2, Asnawi Mangkualam telah memberikan ‘amaran’ awal impak yang bakal diterima oleh kelab itu tidak lama lagi.
Walaupun beliau masih belum diperkenalkan secara rasmi, namun bilangan pengikut Instagram mereka sudah pun melonjak lebih 740%!
Sebelum ini, dilaporkan bolangan pengikut laman sosial Instagram kelab itu adalah sekitar 2 ribu sahaja namun sehingga artikel ini ditulis, bilangan pengikut sudah pun menghampiri angka 17,000.
Ansan Greeners FC climbing the top in Most Followers on Instagram #KLeague2. The transfer of Asnawi Mangkualam has not even been officially announced.
Indonesian power! 😜 pic.twitter.com/PgiTjPRrjt
— Asian Football (@AsianFootballs) January 23, 2021
Beberapa hari lalu berita mengenai pemain PSM Makassar itu tersebar luas terutamanya di Indonesia serta Asia Tenggara, selepas mendapatkan pandangan serta komen dari ketua jurulatih Indonesia iaitu Shin Tae-yong.
Pada ketika ini dikatakan semua dokumentasi sudah pun disiapkan dan hanya menunggu kelulusan imigresen sebelum terbang ke Korea Selatan untuk menyertai kelab Ansan Greeners.
AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong