Beberapa kelab yang beraksi di saingan divisyen utama Liga Korea dikhabarkan berminat untuk menandatangani pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam.
Baca Juga:
- Resmi, Daftar 28 Pemain Timnas Indonesia Untuk Persiapan Piala AFF 2022: Ada Jordi Amat Dan Sandy Walsh, Hansamu Yama Kembali
- Sandy Walsh: Ini Masanya Indonesia Julang Piala AFF 2022
- Soal Target Di Piala AFF 2022, Sandy Walsh: Sekarang Waktunya Untuk Memenangkan Turnamen Itu
Menurut perkongsian Indotransfer di laman media sosial Twitter, terdapat sekurang-kurangnya lima kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Asnawi.
🚨 TERBARU 🚨
Melalui klubnya, 🇰🇷Ansan Greeners (2nd Tier) menyatakan penggawa timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam (23/DF) mendapat ketertarikan dri lima klub 🇰🇷KL1
🗣️ Kami menerika jika tawaran (dalam fee maupun sikon) yang dapat membuat pemain lebih berkembang
[via G-Sports] pic.twitter.com/mLyWCGbruX
— . (@Indostransfer) December 13, 2022
Kelab Asnawi ketika ini, Ansan Greeners menegaskan mereka bersedia untuk melepaskan pemain itu sekiranya mendapat tawaran sesuai yang menguntungkan dua pihak.
“Kami menerima jika ada tawaran yang sesuai (yuran perpindahan mahupun minit permainan). Jika mereka boleh memastikan pemain dapat berkembang di pentas yang lebih besar, tiada masalah bagi kami.
Bagi Asnawi Mangkualam pula, beliau gembira dan berbesar hati sekiranya dapat beraksi di saingan divisyen utama tanpa mengambil kira berapa gaji yang bakal beliau peroleh.
“Jika dapat beraksi di K League 1, saya tak peduli dengan berapa jumlah gaji yang akan saya terima. Saya mahu beraksi di peringkat tertinggi,” dipetik dari laporan Tribun News.
Pemain berusia 23 tahun itu mula beraksi bersama Ansan bermula pada Februari tahun lalu. Setelah hampir dua musim, bekas pemain PSM Makassar itu tampil dalam 42 perlawanan dan menyumbang dua gol dan tiga bantuan gol.
Ketika ini, Asnawi masih lagi mempunyai baki kontrak selama setahun dan sekiranya beliau berhijrah ke pasukan lain, akan ada yuran pembayaran yang harus dibayar kepada Ansan.
Untuk makluman, selain Asnawi terdapat beberapa lagi pemain dari rantau Asia Tenggara yang pernah beraksi di Liga Korea seperti pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Sasalak Haiprakhon yang menyarung jersi Jeonbuk Hyundai Motors.