Kelab dari Jepun banyak melakukan perkara-perkara yang kreatif dan unik dalam perjalanan mereka beroperasi sebagai sebuah kelab terutama dalam bidang merchandising bagi mencari pendapatan kepada kelab.

Kali ini VOCKET FC akan membawakan kepada semua pembaca untuk melihat bagaimana satu kerjasama diantara pengeluar kerusi gaming AKRacing dan FC Tokyo, dimana mereka bukan sahaja menaja bangku simpanan pemain distadium tetapi turut menjual produk itu kepada penyokong.

Jualan ini sebenarnya telah dibuka selama 10 hari sekitar bulan Ogos 2020 yang lalu dan produk berharga JPY60,500 atau RM2,355 ini SOLD OUT dalam masa singkat sahaja kerana menerima sambutan dari penyokong yang mahu memiliki merchandise rare seperti ini.

EcYubdmUcAEdW6y

Terkini, AKRacing mulai semalam telah memulakan kempen cabutan bertuah melalui laman sosial Twitter, dimana pemenang bertuah akan menerima sebuah kerusi ini secara percuma.

Dibawah ini adalah gambaran lebih jelas bagaimana rupa bangku simpanan pemain-pemain FC Tokyo di Ajinomoto Stadium.

fctokyo

Cara untuk menyertainya adalah sangat mudah dengan hanya follow akaun Twitter rasmi AKRacing dan retweet, bakal membolehkan anda berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Pastinya sambutan hangat bakal diterima daripada penyokong-penyokong kelab untuk memiliki kerusi sama yang digunakan oleh pemain-pemain kesayangan mereka ketika turun beraksi di stadium.

ffct kerusi

Dari tinjauan kami, setakat ini pihak AKRacing tidak berhajat untuk kembali membuka jualan kerusi tersebut kepada umum berkemungkinan untuk menjaga exclusivity merchandise seperti ini yang jarang dibuat oleh kelab-kelab lain.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari

Jersi ‘Player Issue’ Beserta ‘Name Set’ Azul Claro Numazu Dibuka Untuk Tempahan Berharga RM707 Sehelai

Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional