Arsenal sebelum ini masih kecewa kerana terlepas sasaran utama mereka Dusan Vlahovic. Mereka menjadikan Alexander Isak sebagai alternatif utama untuk dibawa masuk.
Isak kini bermain untuk Real Sociedad di Sepanyol. Arsenal sangat terdesak memerlukan penyerang baharu. Terutama sekali selepas Pierre Emerick Aubameyang dilihat sudah tidak ada masa depan di Arsenal.
Tahun ini juga tahun terakhir Alexandre Lacazette yang masih belum melanjutkan kontraknya. Begitu juga dengan Eddie Nketiah yang masih tidak memperbaharui kontraknya dan akan pergi sebagai ejen bebas selepas tamat musim ini.
Sebab itulah Arsenal sangat bersungguh sungguh mahukan penyerang baharu. Untuk memastikan mereka dapat menamatkan saingan di 4 teratas musim ini dan juga untuk kegunaan mereka di musim mendatang.
Malangnya apabila, Dusan Vlahovic sebenarnya sudah lama merancang mahu ke Juventus. Cuma Arsenal sahaja yang lalai tidak mengetahui akan adanya rundingan awal antara pemain dengan Juve.
Vlahovic malah berjanji akan tetap ke Juve walaupun pasukan itu gagal ke UCL sekalipun pada musim hadapan.
Fiorentina memang mahu menjual Vlahovic dengan syarat mereka mendapat bayaran yang mereka mahukan iaitu sekitar €65 juta – tanda harga mereka letakkan.
Juve menawarkan pakej keseluruhan €75 juta untuk pemain tersebut.
Arsenal yang sudah akur dalam persaingan mendapatkan Vlahovic kini menjadikan Isak sebagai sasaran utama mereka yang baharu.
Isak adalah penyerang utama Real Sociedad yang telah menjaringkan lebih 10 gol dalam tiga musim terakhir. Musim ini beliau sudah menjaringkan 4 gol dalam liga musim ini dan 8 gol dalam semua pertandingan.
Arteta yakin Isak akan menjadi lebih tajam di bawah asuhannya memandangkan pemain itu masi muda, baru 22 tahun.
Terdapat laporan menyatakan bahawa Arsenal cuba untuk menggunakan taktik ketika mereka mendapatkan Partey pada musim sebelum ini. Dengan cuba menandatangani pemain itu pada saat saat akhir dengan membayar klausa pelepasan yang ada pada pemain itu.
The release clause in Alexander Isak’s contract is understood to be substantially higher than what Arsenal paid for Thomas Partey. Arsenal would seek to negotiate a more reasonable fee – something Real Sociedad may be unwilling to consider right now. [@TheAthleticUK] #afc pic.twitter.com/On4GO7QHAr
— afcstuff (@afcstuff) January 25, 2022
Namun sekarang ini, taktik itu mungkin agak sukar. Kerana laporan dari Sepanyol menyatakan bahawa Real Madrid mulai berminat dengan pemain itu.
Selain itu, Florentino Perez memiliki hubungan yang baik dengan presiden kelab Real Sociedad.
Isak dianggap pemain yang akan menjadi serampang dua mata untuk Real Madrid. Beliau boleh menjadi pemain pengganti jika Real Madrid gagal mendapatkan Haaland atau Mbappe.
Pada masa yang sama, jika Real Madrid berjaya mendapatkan Haaland dan Mbappe sekalipun, Isak akan menjadi pemain yang boleh menjadi pemain skuad untuk mengisi squad depth.
Arsenal told Isak that if he was interested in a move to London Colney, they will outright buy his release clause of €70m with no negotiations. They are that interested in his services. Real Madrid are also seriously considering him as an alternative to Haaland. #AFC #RMFC [AS] pic.twitter.com/c0O5jeN2sm
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 24, 2021
Bukan itu sahaja, Real Madrid boleh berkira kira untuk melepaskan Luka Jovic jika Isak dibawa masuk dan mereka berjaya mendapatkan sama ada Mbappe atau Haaland.
Arsenal bukan sahaja meletakkan Isak sebagai opsyen seterusnya mereka. Arsenal turut menyenaraikan nama Dominic Calvert Lewin sebagai sasaran mereka untuk menggantikan kegagalan mendapatkan Vlahovic.
Baca juga artikel
https://www.vocketfc.com/bruno-fernandes-yakin-manchester-united-akan-menamatkan-musim-ini-dengan-1-piala/
Dembele Masih Tak Dapat Dijual Kerana Gajinya Terlampau Mahal