Harapan Arsenal untuk mendapatkan Dusan Vlahovic semakin sukar. Lebih-lebih lagi selepas berita penyerang Fiorentina itu dikatakan sudah memilih Juventus sebagai destinasi seterusnya.
Arsenal sudah melakukan langkah untuk mendapatkan Dusan Vlahovic dengan tawaran sekitar £50 juta ditambah dengan perpindahan tetap Lucas Torreira.
Arsenal sangat memerlukan penyerang baharu selepas Mikel Arteta menyingkirkan kaptennya Pierre-Emerick Aubameyang daripada skuad utama.
Selain itu, Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah berada di tahun akhir kontrak mereka. Dan ternyata Nketiah bukan material penyerang yang benar benar diperlukan Arsenal untuk kembali menjadi pasukan elit.
Sementara itu, Juventus masih tidak membuat langkah langsung pada ketika ini. Membuatkan media tidak begitu memberikan perhatian kepada mereka. Juventus masih dalam proses mahu mengurangkan lagi bil gaji pemain mereka kerana masalah hutang yang tinggi.
Namun satu pendedahan oleh wartawan Itali iaitu Giacomo Scutiero menyatakan bahawa Vlahovic dan Juventus sebelum ini sudah membuat kesepakatan secara verbal untuk pemain itu menyertai mereka pada akhir musim ini.
Scutiero juga menjelaskan bahawa Juventus sedia untuk berbelanja besar untuk Vlahovic sahaja berbanding dengan sasaran lain. Dan Vlahovic sendiri bersedia untuk menyertai walaupun Juventus gagal mendapat ke Liga Juara-Juara Eropah sekalipun pada musim depan.
Arsenal dealt huge blow in pursuit of Dusan Vlahovic with Juventus 'the only club the Serbian wants to join' and 'terms already agreed' https://t.co/Do8dHqfVtG
— Mail Sport (@MailSport) January 18, 2022
Arsenal kini berharap Fiorentina akan menerima tawaran mereka untuk membolehkan mereka berbincang dengan pemain itu. Kerana Juventus merupakan musuh tradisi kepada Fiorentina.
Namun di Serie A, sangat sukar untuk mana mana kelab dan pemain menolak tawaran Juventus kerana mereka biasanya menawarkan harga lebih tinggi daripada kelab lain.
Cuma sekarang, Arsenal pastinya memiliki sumber kewangan lebih baik dari segi akaun semasa pasukan mereka.
Fiorentina pernah membuat penyokong mereka berang selepas membenarkan Roberto Baggio menyertai Juventus pada 1990.
Seterusnya, Federico Bernadeschi juga merupakan musuh peminat dari kecil La Viola turut berpindah ke Turin pada 2017.
Namun peminat tidak begitu marah dengan perpindahan Federico Chiesa. Kerana jika Fiorentina tidak menerima tawaran Juventus pada masa itu, mereka akan berada dalam situasi kewangan yang teruk. Agak sukar untuk mereka menolak tawaran mencecah £54 juta untuk pemain tersebut secara keseluruhan.