Barcelona sebelum ini sudah berikrar akan menjual Ousmane Dembele sebelum 31 Januari 2022 – iaitu tarikh tutup jendela perpindahan pertengahan musim.
Barcelona membuat keputusan itu selepas kecewa dengan Dembele yang masih enggan melanjutkan kontraknya.
Kontrak semasa Ousmane akan berakhir pada akhir musim ini. Jika Barca gagal menjualnya, pemain itu akan pergi secara percuma.
Malah sekarang ini Dembele bebas untuk berunding dengan mana mana kelab – dalam enam bulan terakhir kontraknya.
Selain daripada harga yang mahal diletakkan Barcelona, Dembele juga tidak sanggup menerima pengurangan gaji. Ini yang menjadikan situasi lebih rumit.
Dari segi harga, Barca mungkin boleh mengurangkan lagi tanda harga, asalkan mereka dapat jual.
Namun dari segi gaji, ianya terletak di tangan Dembele. Gaji semasa Ousmane Dembele adalah £210,000 seminggu.
❌"DEMBÉLÉ NO SALDRÁ del BARÇA este mercado porque NADIE PAGARÁ por él"
Lo dice #Petón en #ChiringuitoFichajes pic.twitter.com/RHq7elGPhs
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) January 25, 2022
Dembele sebelum ini mulanya dilaporkan sedia menerima pengurangan gaji untuk melanjutkan kontrak baharu di Barca.
Namun selepas kedatangan Ferran Torres yang ditawarkan gaji lebih besar, Dembele memutuskan untuk meminta pakej gaji yang dikatakan tidak masuk akal.
Dembele mahukan gaji sekitar £700k seminggu di Barcelona.
Menurut laporan wartawan Jerman, Florian Plettenberg, winger Perancis itu meminta £36 juta semusim bersamaan dengan €838k / £700,000 seminggu.
Terdapat juga bonus yang diminta Dembele sebanyak £5 juta menjadikan nilai keseluruhan kontraknya mencecah £42 juta ataupun sekitar €50 juta.
Update #Dembélé: Been told that Xavi was nearly speechless when he got the information what the player demands for a contract extension: €43m before tax per year + €7m add ons. Just one of the reasons why a transfer to #FCBayern is almost impossible. @SkySportNews 🔴
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) January 7, 2022
Jika Dembele berpegang kepada angka itu, Bayern Munich juga sudah bersedia untuk menarik diri daripada mendapatkan Dembele.
Penerima gaji tertinggi di Bayern ketika ini adalah Robert Lewandowski dengan £325,000 seminggu.
Dengan jendela perpindahan yang berbaki kurang seminggu lagi, Barcelona masih tidak ada tanda tanda menerima tawaran daripada kelab lain.
Rekod kecederaan Dembele antara sebab kenapa banyak kelab berfikir dua tiga kali untuk menawarkan gaji terlalu besar kepada Dembele.
Dembele mungkin akan memikirkan soal pergi secara percuma selepas ini, barulah dia sedia menerima gaji yang lebih rendah daripada yang dimintanya daripada Barca.
Barca sangat kecewa dengan Dembele yang ibarat tidak mengenang budi selepas kelab itu menjaganya dan terus membayar gaji kepadanya walaupun banyak sekali siri kecederaan dihadapinya.