The Gunners merancang untuk mengurangkan 55 pekerja mereka menjelang musim 2020/2021.
Mereka menjadikan Kesan wabak yang berlaku sejak awal tahun ini telah membuat ramai pihak terkena impak oleh roda ekonomi, termasuk kelab bola sepak Eropah.
Kelab seperti Barcelona, Atletico Madrid dan Juventus, adalah kelab kaya, dan mereka telah mengurangkan gaji pemain mereka.
Barcelona membuat pemotongan gaji pemain mereka sehingga musim depan dan membayar gaji staf mereka dengan skim bantuan kerajaan.
Bartomeu juga mengesahkan Barcelona tidak akan berbelanja besar pada kali ini, kecuali mereka berjaya menjual ataupun menukar pemain (swap deal).
Ketiadaan pendapatan daripada kutipan tiket penonton di stadium adalah alasan utama kepada kekurangan pendapatan pada skala besar.
Selain itu, penjualan barangan kelab juga menurun kerana banyak peminat mungkin terpengaruh oleh ekonomi.
Kelab mesti memperketatkan perbelanjaan kewangan, salah satunya adalah Arsenal.
Walaupun pemain dan staf pelatih secara sukarela memotong gaji mereka, kewangan kelab masih terganggu kerana wabak ini.
Lebih-lebih lagi, Arsenal adalah kelab yang mengenakan harga tiket bermusim tertinggi. Oleh itu ketiadaan penonton akan sangat dirasai.
Dengan itu pengurusan tertinggi bakal memberhentikan sekitar 55 pekerja untuk menjaga kewangan kelab.
“Matlamat kami adalah untuk melindungi pekerjaan dan gaji pekerja kami selama mungkin.
“Sayangnya, kami harus mula merancang pemberhentian pekerja 55 orang,” Raul Sanllehi dan pengarah urusan Vinai Venkatesham.
Arsenal announce intention to make 55 members of staff redundant due to coronavirus crisis https://t.co/JELRKHkHjc
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 5, 2020
“Kami telah memerhatikan semua aspek kelab dan juga pendapatan sebelum membuat keputusan ini. Kami sekarang memasuki fasa rundingan selama 30 hari ke depan.”
Pemberhentian 55 pekerja tentunya akan menimbulkan keraguan bahawa Arsenal akan dapat memberikan kontrak baru yang lumayan kepada Pierre-Emerick Aubameyang serta menandatangani Willian pada musim panas ini.
Hal ini kerana sudah ramai penyokong Arsenal sendiri menyatakan ‘game’ seperti itu tak cantik.
Malah ramai yang turut menjadikan Ozil sebagai sasaran agar pemain itu berkorban dan menerima tawaran daripada kelab lain dengan menerima pengurangan gaji.
A club the size of Arsenal making 55 staff redundant is simply unacceptable. There are no excuses.
However, attacking Özil for his wage rather than focusing on our owner is laughable. Especially when you consider that Kroenke’s wealth has increased by £323m this year alone.
— Patrick Timmons (@PatrickTimmons1) August 5, 2020
Namun ada yang kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang menyerang Mesut Ozil.
Kerana Ozil berada di Arsenal atas dasar kontrak.
Yang harus dipersalahkan adalah pemilik kelab yang baru sahaja disahkan memiliki kekayaan berbillion dollar dan menambah kekayaan kepada lebih £320 juta tahun ini.
Made millions during the coronavirus and can’t even spare the jobs of 55 low-paid Arsenal staff. Disgrace. pic.twitter.com/K7shEQPQD3
— Max. ✍🏼 (@AFCMax9) August 5, 2020
Para penyokong Arsenal turut mempersoalkan, bukankah sebelum ini Arsenal memotong gaji pemain mereka. Ke mana wang itu pergi?
Bukankah salah satu alasan mereka berbuat demikian adalah kerana mahu membayar gaji staf bukan pemain?
Di sebalik tekanan ekonomi itu, pihak pengurusan berikrar akan memastikan rancangan untuk pasukan utama tetap diteruskan.
“Kami juga mendapat sokongan kewangan sepenuhnya dari pemilik kami, Kroenke, Sports & Entertainment dari segi penjadualan semula hutang stadium.”
“Semua langkah yang kami ambil adalah mengurangi sebanyak mungkin kesan pandemi di kelab ini dan membantu kami untuk mengekalkan pelaburan dalam pasukan ini. Ini akan selalu menjadi keutamaan kelab.”
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Highlight UEL: Man United 2 LASK 1 – Lingard Cetak Gol Cantik
Adebayor Anggap Peluang Real Madrid Atasi City Adalah Tipis Kerana Tiada Cristiano Ronaldo