Bukan rahsia lagi bahawa pasukan Arsenal mahukan khidmat pemain daripada pasukan seteru mereka Chelsea iaitu Willian.

Arsenal kini sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan Willian.

Semalam David Ornstein mengesahkan bahawa pasukan The Gunners menawarkan kontrak tiga tahun kepada Willian.

Arsenal sebelum ini sebahagian daripada empat pasukan utama yang mengintai khidmat Willian.

Dan sekarang Arsenal hanya bersaing dengan satu sahaja pasukan lagi yang tidak pasti pasukan mana.

Selain daripada rancak untuk memburu khidmat Willian secara percuma, Arsenal juga sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak Pierre-Emerick Aubameyang.

Dilaporkan The Gunners sedia membayar £300,000 seminggu kepada pemain antarabangsa Gabon itu.

Dan mereka juga sedang mendengar tawaran untuk Lacazette bagi mengurangkan bebanan struktur gaji.

Satu lagi langkah yang cuba dilakukan oleh Arsenal adalah cuba menjual Henrikh Mkhitaryan.

Pemain yang dilihat sudah tak ada hati untuk bermain dengan Arsenal lagi.

Namun kesulitan dihadapi oleh Arsenal adalah isu gaji £180,000 seminggu pemain itu.

Sebab ketika ini Mkhitaryan tidak menunjukkan sebarang isyarat beliau bersedia untuk menerima pengurangan gaji.

Pada musim ini pemain antarabangsa Armenia itu menghabiskan musim di AS Roma. Perjanjian pinjaman itu menyaksikan Arsenal mendapat £2.5 juta.

1596607805803

AS Roma tidak sedia untuk yuran perpindahan yang tinggi. Namun Roma masih berminat untuk meminjam lagi Henrikh Mkhitaryan satu musim lagi.

Mkhitaryan menjaringkan 9 gol daripada 20 penampilan dalam Serie A musim ini.

Dan kini perpindahan Willian dikatakan bergantung kepada Mkhitaryan. Sama ada AS Roma mahu membeli tetap ataupun meminjam sekali lagi pemain itu.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Panel Timbang Tara Tolak Rayuan Wigan, Bermakna Mereka Tersingkir Ke Liga 1

Penyokong Chelsea Kutuk Pengadil Final

Ozil Tak Akan Sertai Skuad Final Piala FA Arsenal