Mungkin generasi kini sudah agak terpisah dengan keakraban yang pernah terjalin sebagai seorang peminat bola sepak dan majalah yang banyak mempengaruhi generasi dahulu yang kini kebanyakannya sekadar menjadi memori untuk dikongksikan.

Kemajuan teknologi IT terutamanya internet telah merubah ‘kewajipan’ sebagai peminat bola sepak jika dibandingkan dalam tempoh masa kurang lebih 2 dekad yang lalu.

Kami telah membuat satu kajian menggunakan laman sosial Twitter untuk melihat sejauh mana pengaruh majalah bola sepak mampu mempengaruhi minat seseorang individu terhadap sukan itu sehingga kini.

Hasil dari maklum balas berdasarkan komen serta retweet yang diterima, majoriti dari pengikut VocketFC di laman sosial Twitter menyatakan bahawa majalah WISEL banyak mempengaruhi minat mereka terhadap bola sepak sehingga kini.

Ada diantara mereka juga turut memuat naik beberapa gambar koleksi majalah WISEL yang sempat disimpan sehingga hari ini, dan pastinya naskah itu akan menjadi satu memoribilia hebat untuk generasi kini serta akan datang menatap perjalanan bola sepak tempatan khususnya.

Seorang pengikut kami di Twitter dengan nama Zairul, telah menyimpan koleksi majalah WISEL sejak dari tahun 2004 lagi dan ‘harta’ yang telah berusia 16 tahun ini amat dirindui oleh kebanyakan generasi itu pada ketika ini.

Ada juga pengikut kami yang sempat berkongsikan pengalaman-pengalaman ‘bittersweet’ bagaimana mereka membeli dan ‘berkongsi’ dengan rakan-rakan di asrama sekolah sehinggakan kebanyakan majalah gagal dikesan kembali.

https://twitter.com/abdulhakeemxx/status/1242466756276314112?s=20

Namun ada juga beberapa komen yang ‘mengangkat’ majalah Arena Bola Sepak sebagai majalah paling mempengaruhi minat mereka suatu ketika dahulu. Rata-rata pada peringkat ini mungkin generasi yang lebih senior dimana jika tidak salah majalah WISEL masih belum wujud.

Jelas disini melalui majalah juga kita dapat ‘membaca’ kategori pengikut yang ada yang mungkin boleh disesuaikan kandungan artikel dimasa depan.

https://twitter.com/naimjaya/status/1242488890688065541?s=20

Majalah-majalah lain lagi yang mungkin pernah muncul suatu ketika dahulu seperti GOL, Kaki Bola untuk kategori tempatan serta tidak ketinggalan juga majalah dari UK seperti SHOOT dan MATCH pernah ‘bertakhta’ dijiwa peminat bola sepak walaupun harganya agak mahal.

Satu perkara yang menjadi titik persamaan walaupun dari generasi majalah yang berbeza, mereka ini berkongsi keterujaan untuk memiliki poster gergasi yang kebiasaannya menjadi ‘selling point’ penerbit majalah pada ketika itu.

Ini dibuktikan dengan pelbagai maklum balas dari pengikut kami yang majoritinya menampal poster-poster pemain kegemaran mereka didinding atau almari sebagai satu tanda kegilaan bola sepak mereka.

Mungkin pada era 2020 ini boleh dikatakan jarang peminat melakukan perkara seperti itu disebabkan kurangnya sambutan terhadap majalah bercetak selepas munculkan internet.

Kini, majalah bola sepak bercetak sudah menjadi satu artifak untuk generasi terkini cuba melihat kembali apakah sebenarnya cerita bola sepak kita suatu ketika dahulu.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Korea Selatan ‘Convert’ Fasiliti Latihan Skuad Kebangsaan Menjadi Pusat Rawatan Pesakit COVID-19

Scott Cooper: Filipina Bermain Lebih ‘Offensive’ Dan Sedia Berentap Dengan Sesiapa Dimana Sahaja

Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000