Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) telah mengumumkan bahawa pusat latihan skuad kebangsaan – Paju National Football Center (NFC) akan di’convert‘ menjadi tempat rawatan pesakit yang dijangkiti virus COVID-19.
Menurut kemaskini melalui laman web rasmi KFA, selepas berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, Paju NFC akan mula beroperasi sebagai pusat rawatan mulai 25 Mac 2020 dan mengikut perancangan ia bakal digunakan selama 2 bulan untuk tujuan ini.
Selepas ta,at tempoh tersebut, Paju NFC akan ditutup selama 2 minggu bagi kerja-kerja pembersihan serta penyusunan semula kelengkapan fasiliti yang telah digunakan.
Bangunan utama Paju NFC yang mempunyai 4 tingkat itu akan digunakan sebagai;
- Tingkat 2: Tempat urusan para pegawai perubatan/barisan hadapan
- Tingkat 3 dan 4: Digunakan sebagai wad pesakit positif COVID-19
Beberapa fasiliti lain seperti auditorium dan pejabat perubatan juga mungkin turut digunakan jika keadaan memerlukan lebih ruang.
Dikatakan pihak KFA juga memberikan sehelai jersi skuad kebangsaan Korea Selatan kepada pesakit beserta sekeping kad yang mengandungi mesej khas dari presiden KFA, Chung Mong-kyu yang berbunyi;
“With the spirit and energy of our national football team, I sincerely hope for your speedy recovery.”
“Keputusan ini dibuat semasa kita berada dalam krisis kesihatan seluruh negara. Ketika kami tidak boleh menggunakan fasiliti untuk kegunaan skuad kebangsaan, kami merasa ia adalah tindakan yang betul untuk Paju NFC menjadi pusat rawatan pesakit COVID-19 untuk mereka kembali sihat”, jelas Chung Mong-kyu lebih lanjut.
Gambar diatas juga menunjukkan beberapa staf KFA mengangkat barangan yang didermakan untuk kegunaan para pesakit COVID-19 dan pegawai perubatan di Paju NFC selama 2 bulan akan datang.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000
Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun