Skuad B-19 Malaysia berjaya memulakan kempen Piala AFF B-19 dengan kemenangan berdepan Kemboja B-19.
Kemenangan yang membolehkan Malaysia berada di tangga kedua setakat artikel ini ditulis.
*Nota editor, skuad B-19 Malaysia dan B-19 Kemboja akan dirujuk kepada Malaysia dan Kemboja dalam artikel ini.
Malaysia dengan sistem 4-1-4-1
Pada sepak mula, Malaysia kelihatan bermain dengan sistem 4-1-4-1.
Di mana gaya permainan Malaysia agak rigid. Tidak fluid. Mereka menekan dengan 4-1-4-1. Bertahan dengan 4-1-4-1 yang membentuk 4-5-1 jika lawan mara lebih ke atas.
Ketika menyerang, dua pemain sayap beroperasi dengan sistem agak klasik tanpa menolak bek sisi sebagai penguasa di kawasan tinggi bahagian sayap.
Perkara yang ditekankan coach Hassan Sazali Waras adalah disiplin dalam formasi yang rigid dan tak perlu memikirkan soal fluiditi.
Sistem ini mendedahkan pivot kepada ancaman segera jika tersilap. Namun Kemboja tidak ada kemampuan untuk melakukannya dengan lebih baik.
Kemboja bermain destroying + route 1 football
Kemboja bertahan dengan sistem destroying dan bermain route 1 football dalam perlawanan ini. Itu yang jelas.
Di mana mereka bukan menumpukan aspek bertahan dengan sistematik. Sebaliknya lebih kepada sistem yang terus pergi ke arah bola dan cuba membuangnya.
Sistem ini agak berhasil dalam beberapa ketika. Namun menyukarkan mereka mengitar semula bola menjadi serangan balas kerana mereka ibarat ‘headless chicken’ dengan sistem ini.
Gol pertama Malaysia terhasil ketika mereka terlalu cepat cuba menyerang bola ataupun pemain yang membawa bola. Alif Izwan bijak melengahkan beberapa saat untuk menjemput pemain melakukan bentesan dan dia memanipulasi ruang di belakang untuk hantaran kunci.
Hantaran itu mahal kerana Najmudin Akmal hanya perlu menolak masuk bola. Lihat situasi ini di mana pertahanan tengah ataupun last man mereka mara terlalu awal untuk ‘memberikan’ ruang emas / golden space di belakang kepada lawan, dan dia gagal memenangi bola.
Kredit pada Alif Izwan yang memiliki visi sangat baik melihat larian daripada rakannya. Ingat kata Maldini, dalam bola sepak, pastikan bola dan pemain tidak terlepas. Jika tak dapat pemain lawan, pastikan anda dapat bola.
Gol kedua adalah kesilapan individu di mana bola yang bukan ancaman menjadi gol kerana pertahanan mereka ‘misjudge’ bola.
Malaysia tak cukup dinamik dan progresif pada separuh masa kedua
Malaysia ada masalah di mana permainan mereka agak statik atau agak merosot pada separuh masa kedua.
Mereka tak dapat mengekalkan tempo yang memang agak sederhana. Pada masa yang sama, tidak ada improvisasi yang jelas pada separuh masa kedua.
Malaysia malah melepaskan bolos yang membuka ruang kepada Kemboja untuk bangkit.
Pemain bergelut dengan permainan kombinasi dan banyak bergantung kepada hantaran panjang yang sukar disambut dalam keadaan padang agak keras dan kering. Ianya membuka peluang kepada risiko kecederaan.
Rumusan
Ianya kemenangan yang baik untuk perlawanan pertama. Kerana dalam mana mana pertandingan, perlawanan pembukaan sentiasa sukar. Perkara positif Malaysia menang dalam perlawanan pertama.
Perkara yang perlu diperbaiki adalah isu permainan kombinasi. Kemudian mungkin Malaysia akan tampil lebih fluid dalam perlawanan kedua?
Buat masa ini, kami di Vocket FC merasakan bahawa ianya keputusan yang baik. Dan kredit wajar diberikan.