Guardiola dikenali sebagai pengurus yang memiliki kepakaran dalam pengurusan taktikal.
Namun dalam bola sepak, untuk perlawanan kalah mati yang sekali jalan sahaja seperti ini, ia tidak boleh dijadikan tempat untuk terlalu bereksperimen.
Walaupun Guardiola beberapa kali memberikan masterclass dalam taktikalnya terutama dalam aksi berdepan Real Madrid, namun semalam adalah salah satu hari di mana beliau ralat taktikal / tactical error.
Pengurusan pertahanan
Man City tiada masalah dalam serangan. Namun masalah utama mereka adalah bertahan,
Ketika di serang balas, pertahanan mereka sangat lambat untuk bertindak mematikan bola. Ataupun tidak agresif.
Guardiola mengejutkan dunia dengan meletakkan Fernandinho sebagai bek tengah sebelah kanan dalam sistem back 3.
Biasanya Fernandinho kalau bermain bek tengah, beliau akan bermain di kiri. Fernandinho adalah bek tengah sandaran (part time). Kerana asal beliau adalah pemain no.6.
Jelas sekali Fernandinho sangat tak selesa diletakkan di peranan tersebut.
Eric Garcia yang selalunya bermain dalam back 4, dilihat bergelut dengan sistem ini. Dia sepatutnya menjadi bek tengah di bahagian tengah dalam back 3.
Namun dalam beberapa ketika dia ralat dalam posisi / positioning error.
Tak cukup dengan itu, di kiri, Joao Cancelo terlalu lambat untuk turun dan membuatkan Aymeric Laporte kerapkali berada lama di kiri dan meninggalkan ruang besar di halfspace.
Mungkin kerana ketiga tiga bek tengah City yang bukan jenis vokal membuatkan pemain seperti Cancelo merasakan: ‘Tak apa ada orang cover’.
Sepatutnya Laporte menjerit dan sedarkan Cancelo,
Kyle Walker pula terperangkap ketika gol pertama Lyon. Dalam sistem back 3 vs back 3. Sifir dia mudah, bek sayap lawan adalah secara langsung tanggungjawab bek lawan City.
Serangan City
Secara taktikal, serangan City tiada masalah. Namun secara teknikal mereka tumpul.
Gabriel Jesus antara pemain yang sangat tumpul dalam perlawanan ini. Beliau gagal menyudahkan beberapa peluang.
Dan lebih mengejutkan Raheem Sterling gagal menyempurnakan sitter pada minit minit akhir perlawanan.
Taktikal Lyon dan kesilapan individu City
Tiada yang aero angkasa dalam taktikal Lyon dalam perlawanan ini. Mereka bersedia menyerap asakan di belakang dan melakukan serangan balas.
Namun setiap kali menyerang balas, mereka terlalu mudah melepasi blok tengah dan memberikan panik kepada back 3.
Gol pertama Lyon adalah menerusi kelemahan back 3 dalam memerangkap ofsaid.
Gol kedua Lyon adalah kerana kesilapan Man City di mana hantaran Laporte dipintas.
Dan pemain Lyon mendapat ruang selesa untuk menghantar bola. Ketika ini Eric Garcia terjatuh pada masa yang tak disangka.
Kredit kepada Lyon yang berjaya memastikan bola ini onside.
Gol ketiga berlaku selepas Sterling gagal menyempurnakan peluang ini:
Yang akhirnya City diserang 59 saat kemudian dan Ederson melakukan kesilapan individu.
Rumusan
Manchester City kalah kerana perubahan taktikal Guardiola. Ini bukan pertama kali musim ini City kalah dengan sistem yang ditukar tukar.
Dalam EPL Guardiola mengalami kekalahan yang sangat banyak.
Lebih malang untuk beliau kerana tiada timbal balik untuk perlawanan ini.
Lyon mendapat manfaat daripada kecelaruan Man City dalam sistem permainan dan kemudian ketumpulan mereka.
Lyon bermain kemas ketika ada bola di kaki mereka. Dan tidak mudah hilang bola terutama sekali ball carrier utama mereka Memphis Depay.
Baca juga perkembangan lain
Analisis: Lukaku Penyerang Inter Paling Tajam Sejak Etoo, Dan Pecah Rekod Shearer
Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti
Analisis Der Klassiker: Pendekatan Bayern Berisiko Tetapi BvB Terlalu Tumpul