Antara kelab yang memiliki pendapatan tertinggi di dunia Man United ada had perbelanjaan bersih £105 juta £120 juta sahaja oleh FFP pada masa ini. Kenapa?
Baca Juga:
- Manchester United Buru Khidmat Penyerang Iran, Mehdi Taremi
- Analisis: Mason Mount Si No.8 Kiri Baharu Man United
- Chelsea Dan Man United Hampir Capai Kesepakatan Untuk Mason Mount
Ianya kerana pemilik kelab tersebut langsung tidak menyuntik sebarang dana ke dalam kelab dalam 3 tahun terakhir.
EPL hanya membenarkan sesebuah kelab itu rugi £105 juta dalam 3 tahun terakhir. Dan angka itu adalah angka yang sebenarnya boleh dibelanjakan United ketika ini dengan mengambil kira pelaburan yang boleh dibuat oleh pemilik kelab maksimum £90 juta dalam masa 3 tahun terakhir.
Serta mereka masih boleh menambahkan wang untuk membeli pemain sekitar £15 juta lagi. Selagi lagi pemilik tidak menggunakan wang sendiri untuk membantu menambah dana kelab selagi itu Man United akan bergelut dengan dana pembelian pemain.
Seperti yang diketahui, Glazer adalah pemilik yang gemar melonggokkan hutang di kelab itu. Meninggalkan hutang pada paras maksimum dibenarkan berdasarkan kadar aset dan pendapatan kelab.
Ketika pandemik melanda, hanya Glazer yang mengambil keluar bayaran eksekutif sepenuhnya daripada kelab itu seperti biasa. Sedangkan pemilik besar kelab lain membantu kelab dengan tidak mengeluarkan wang itu.
Keluarga Glazer konsisten mengeluarkan sehingga £74 juta setahun daripada Man United. Dan kemudian mereka menyatakan kepada Ten Hag bahawa Man United bergelut dengan sekatan FFP.
Man Utd’s cash down to £73.7m according to latest figures, but there will be money for Erik ten Hag to spend on new players this summer with lower £120m budget blamed on FFP restrictions
via https://t.co/NRZglgmpJd #mufc https://t.co/Dx2u6uMZve— Chris Wheeler (@ChrisWheelerDM) June 27, 2023
Hutang kelab tersebut terlalu tinggi pada masa ini. Di paras hutang kasar yang mencecah £725 juta.
Sudah tentunya mereka masih ada kemampuan berbelanja £105 juta oleh FFP. Kerana mereka pasukan yang meraih pendapatan sangat tinggi. Dijangka mereka akan meraih £640 juta pendapatan pada tahun ini.
Angka hutang kasar Man United yang boleh mencecah £725 juta adalah tertinggi dalam sejarah kelab itu mengatasi beban hutang mereka pada 2010.
#mufc's gross debt figure currently stands at £725 million. [@MikeKeegan_DM] pic.twitter.com/YCDdCD1DtB
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 27, 2023
Kegagalan Glazer untuk melabur dana dalam 3 tahun terakhir memberikan impak kepada perkara ini. Dan ditambah dengan kegagalan kelab itu menjual pemain pada harga tinggi.
Man United dianggap kelab paling teruk dalam menjual pemain. Mereka juga terlepas pemain seperti Pogba secara percuma.
Daniel James dijual beberapa tahun lalu dengan nilai £21 juta ke Leeds United. Angka yang masih dianggap rendah oleh peminat mereka.
Alexis Sanchez dijual ke Inter dengan nilai £7 juta selepas bonus.
Hanya Lukaku yang mereka jual £68 juta ke Inter. Namun angka itu masih merugikan Man United memandangkan pemain itu dibeli dengan nilai £86 juta.
Ironinya, Alexis Sanchez dan Lukaku membantu Inter Milan menjuarai Serie A. Lukaku dijual semula ke Chelsea dengan harga lebih £97 juta secara keseluruhannya.
Cristiano Ronaldo membuatkan mereka berbelanja sekitar £20 juta membeli pemain itu dan memberikan kontrak £20 juta semusim untuk Ronaldo.
Pemain itu keluar dari Man United sebagai ejen bebas. Selepas komen kontroversi dengan Erik Ten Hag.
Musim ini, mereka telah menjual bakat muda mereka Zidane Iqbal hanya dengan nilai £850,000.
Less than 60 million in Sales in last few years
Over 400 million spent
FFP isn't why United are struggling to raise a transfer budget for Ten Hag.
An inability to sell and an ability overpay has killed us— Mark Goldbridge (@markgoldbridge) June 28, 2023
Sikap pengurusan Man United yang lemah dalam menentukan untuk menjual pemain menjelang 2 tahun terakhir kontrak juga membuatkan mereka kerap terlepas pemain secara percuma.
Terbaru mereka hanya meletakkan Fred pada tanda harga £20 juta sahaja.
One area where Manchester United have a poor record is player sales, where profits go directly into FFP calcs. Chelsea have generated £5.3m for every £1m of player sales made by #MUFC over last decade pic.twitter.com/6q0cQ5jJo3
— Kieran Maguire (@KieranMaguire) July 4, 2023
Dengan rekod penjualan pemain yang buruk berbanding dengan kelab big six yang lain, Man United hanya meraih £132.5 juta daripada penjualan pemain dalam tempoh 2013-2022.
Jauh di belakang Arsenal, Man City, Spurs dan Liverpool. Dan tentunya berkali kali ganda di belakang Chelsea. Itu yang memberikan impak kepada kemampuan berbelanja United dari segi FFP.
Man United dalam proses memeterai perjanjian dengan Mason Mount yang dilaporkan sekitar £60 juta. Mereka terlepas Kim Min Jae yang memiliki klausa pelepasan sekitar £50 juta sahaja.
Mereka tetap berusaha mendapatkan Onana yang diletakkan harga £45 juta oleh Inter Milan.
🚨💰 Manchester United transfer budget is £120M.
• Spent £55M on Mason Mount
• If we sign Andre Onana for £45MWe'll be left with £20M which can only afford Mehdi Taremi. pic.twitter.com/9npz4fHctw
— UtdTruthful (@Utdtruthful) July 3, 2023
Kini, Man United bergelut untuk membeli lebih ramai pemain dengan nilai inflasi pada pasaran pemain jika mereka tidak menjual pemain mereka dengan harga tinggi.
Seterusnya, isu pemilikan kelab juga menggantung mereka tak bertali. Jika isu pemilikan selesai, mungkin mereka boleh mendapat sedikit suntikan dana daripada pemilik.