Dua pemain muda negara yang beraksi bersama sebuah akademi di Sepanyol, FC Malaga City diturunkan dalam satu aksi persahabatan menentang kelab La Liga, Atletico Madrid B-17 Tahun.
Dua pemain ini disenaraikan dalam skuad B-17 tahun FC Malaga dan jurulatih serta-merta memberi kepercayaan kepada Allee dan Saurav bagi membarisi kesebelasan utama pasukan itu.
📋 Here's your #FCMC U17s starting line-up for this afternoon's meeting with @Atleti.
You can watch LIVE at 16:00 on #YouTube! 📺#AreYouNext pic.twitter.com/Ouf6MyUTmC
— FC Malaga City Academy (@FCMalagaCity) March 30, 2021
Allee Putra mula beraksi bersama FC Malaga pada Ogos tahun lalu manakala Saurav pada Disember setelah beraksi bersama Titan B-17 tahun di Liga AirAsia KL Junior dan juga pasukan Kuala Lumpur Athletic di Garden Social League (GSC) Divisyen Antarabangsa.
Aksi persahabatan tersebut memihak kepada Atletico dimana kelab itu berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 12-0 sekaligus menampilkan kualiti yang dimiliki oleh akademi yang pernah melahirkan pemain terbaik dunia seperti Raul Gonzalez dan Fernando Torres.
📺 WATCH LIVE: Atlético de Madrid v #FCMC U17s#AreYouNexthttps://t.co/loO5Ql0G0z
— FC Malaga City Academy (@FCMalagaCity) March 30, 2021
FC Malaga City merupakan akademi berpangkalan di Malaga yang memfokuskan kepada pembangunan pemain muda, dimana mereka memiliki 2 buah skuad dalam kategori pembangunan – U19 dan U21.
Akademi bola sepak antarabangsa ini juga mempunyai pasukan seniornya sendiri yang dikenali dengan nama Almunecar City FC dan berdasarkan pemerhatian kami, skuad ini sedang beraksi dalam saingan Andaluza Primera Division iaitu liga bola sepak divisyen 6 di Sepanyol.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda negara yang beraksi di Eropah di sini:
Pemain Muda Malaysia, Saurav Singh Sertai Akademi FC Malaga City
Allee Putra Azril Dapat Tajaan Untuk Berguru Di FC Malaga City
Luqman Hakim:”Perubahan Ini Untuk Kebaikan Diri, Kalau Kurus Nanti Kena Langgarlah Saya Dekat Sana.”