Bruno Fernandes mendedahkan alasan dia melempang kepala Maguire selepas kapten Manchester United itu menjaringkan gol ketika menentang Leeds.
Manchester United menang 4-2 dalam aksi yang mendebarkan. Di mana mereka memerlukan inspirasi daripada pemain gantian untuk merampas semula 3 mata yang hampir hilang.
Dalam perlawanan tersebut, Harry Maguire membuka tirai jaringan menerusi tandukan.
Ini adalah kali pertama Manchester United menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru selepas lebih setahun mereka menunggu.
Kali terakhir mereka menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru adalah pada Januri 2021.
Harry Maguire scores Man Utd's first goal from a corner since January 2021 ⚽️#LEEMUN pic.twitter.com/rdZMEbePVA
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) February 20, 2022
Harry Maguire sendiri menyatakan dia malu setiap kali melihat statistik sepakan penjuru mereka yang teruk itu dibincangkan di media.
Ianya mengambil 140 percubaan untuk mereka mendapatkan semula gol daripada sepakan penjuru.
🗣️ "Every time I see the stat, I feel embarrassed!"
Harry Maguire reacts to victory over Leeds as Man Utd finally score from a corner… 🔴 #LEEMUN pic.twitter.com/UnoRsIgtIz
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 20, 2022
Satu lagi perkara yang menarik adalah ketika Bruno Fernandes menampar kepala Maguire.
Pemain antarabangsa Portugal itu menyatakan bahawa dia geram dengan Harry Maguire yang akhirnya berjaya menjaringkan gol dengan kepalanya yang besar itu.
“Gol daripada H [Harry Maguire], Paul [Pogba] meluncur dengan lututnya. Saya menampar kepalanya dan berkata, akhirnya dia menjaringkan gol dengan kepala dia yang besar itu.”
"… With his big head." 🤣🤣🤣
Bruno Fernandes explaining the celebration after Harry Maguire's goal against Leeds United! #MUFC pic.twitter.com/TOF2bpe8vA
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) February 22, 2022
Harry Maguire digelar slabhead oleh rakan rakan sepasukannya. Kerana kepalanya yang besar berbanding dengan yang lain.
Maguire memang salah satu ancaman kuat daripada sepakan penjuru atau bola mati terutama sekali ketika dengan Leicester dan England.
Selain Harry Maguire, Bruno Fernandes juga berada dalam senarai penjaring. Sebelum Leeds menyamakan kedudukan 2-2 pada separuh masa kedua.
Namun Man United menambah dua lagi gol selepas itu menerusi Fred dan Elanga.
Baca juga perkembangan bola sepak eropah yang lain
Ajax Dan Keluarga Abdelhak Nouri Capai Kesepakatan Pampasan €7.85 Juta
Cetak Hatrik Ke Atas Valencia, Aubameyang Anggap Mestalla Ibarat Rumahnya