Ajax Amsterdam akhirnya mencapat kesepakatan untuk pampasan kepada keluarga Abdelhak Nouri.
Di mana kelab tersebut setuju membayar €7.85 juta kepada keluarga Abdelhak Nouri. Pemain muda itu mengalami serangan jantung pada 8 Julai 2017, dalam satu aksi persahabatan di Austria.
Serangan jantung itu membuatkan Abdelhak Nouri mengalami kerosakan kekal pada otaknnya.
Sebagai kelab profesional, Ajax telah menanggung kesemua bayaran perubatan Nouri sepanjang tempoh dia masih bergelar pemain Ajax.
Namun pada 21 Februari 2022, Ajax mengumumkan bahawa kelab dan keluarga Nouri akhirnya bersetuju untuk bayaran pampasan €7.85 juta selepas banyak pertimbangan dibuat.
Sejak 2017, Ajax menanggung kos Abdelhak Nouri dan Ajax akan terus menagggung kos rawatan itu untuk membantu meringankan beban keluarga pemain itu.
An investigation found "inadequate" medical treatment left Abdelhak Nouri with permanent brain damage after he suffered a cardiac arrest during a friendly in July 2017.
Ajax have paid for his care since and say they will continue to do so.
— BBC Sport (@BBCSport) February 21, 2022
Pengurus Besar Ajax, Edwin van der Sar berkata: “Kami gembira kerana persetujuan sudah dicapai. Jadi kami sudah merumuskan perkara ini. Kami semua sedar akan kesakitan ditanggung Abdelhak dan orang tersayangnya tidak akan berakhir.”
“Keadaan ini masih sangat mendukacitakan. Ini juga yang kami di Ajax rasa ketika ini.”
“Kami sangat menghargai cara keluarga beliau menjagany, siang dan malam dengan memberikan banyak perhatian dan kasih sayang.”
“Ketika saya melawatnya, saya sentiasa disambut dengan tangan terbuka oleh keluarganya. Layanan itu juga mereka berikan kepada mana mana rakan sekerja kami di Ajax yang berkunjung ke rumah mereka. Dan kami sangat sangat menghargainya.”
“Kemesraan antara Ajax dan keluarga Nouri akan kekal selamanya. Tidak hanya kerana Piala Abdelhak Nouri, di mana keluarganya akan menjadi penyampai piala tersebut untuk edisi setiap tahun kepada bakat bakat muda hasil asuhan kami.”
Van der Sar: "When I visit Abdelhak I always get welcomed with open arms by the Nouri family, the same goes for all my other colleagues at Ajax and we appreciate this a lot..
.. the connection between Ajax and the Nouri family will forever remain." pic.twitter.com/lIWvhaeR9Z
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) February 21, 2022
“Juga kerana kami sudah memutuskan untuk memberikan nombor 34 itu milik keluarga Nouri. Di Ajax, nombor 34 tidak akan dimainkan untuk selamanya. Sehinggalah keluarga Nouri dan Ajax setuju memberikan pengecualian khas atas persetujuan bersama.”
“Loker Abdelhak di bolik persalinan akan dipindahkan ke kedai peminat Ajax, di sebelah pintu masuk ArenA [Stadium Ajax].”
“Kami telah menjaganya dengans sebaiknya di dalam stadium dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan kini kami akan meletakannya di tempat lebih cantik dan boleh diakses semua orang.”