Pengarah Sukan Ajax, Marc Overmars letak jawatan berkuat kuasa serta merta. Overmars membuat keputusan itu selepas perbincangan dengan pengurusan tertinggi kelab termasu Edwin Van Der Sar.

Marc Overmars letak jawatan kerana dituduh telah mengganggu beberapa staf wanita Ajax dengan menghantar mesej berbentuk gangguan seksual.

Overmars berkata: “Saya malu. Minggu lepas saya berhadapan dengan beberapa laporan tentang kelakuan saya, dan bagaimana berita seperti ini tersebar?”

“Malangnya saya tidak sedar bahawa saya telah melampau batas dengan semua ini, namun ianya semakin jelas untuk saya pada sekarang ini. Saya tiba tiba merasakan tekanan yang sangat tinggi.”

“Saya meminta maaf, terutama sekali untuk seseorang yang dalam jawatan seperti saya. Kelakuan seperti ini tidak boleh dipertahankan. Saya pun faham.”

“Namun sudah telambat, saya tidak ada pilihan lain selain daripada meninggalkan Ajax. Ini juga memberikan impak besar secara peribadi. Inilah sebabnya kenapa saya meminta agar semua orang tidak mengganggu saya dan keluarga saya lagi,”

Marc Overmars letak jawatan adalah satu tamparan yang hebat, kerana telah menjadi pengarah hal ehwal bola sepak di Ajax sejak musim panas 2012 dan dianggap sebagai salah seorang pengarah sukan terbaik yang Ajax pernah ada. Baru-baru ini dia dilantik semula untuk penggal baharu, sehingga 30 Jun 2026.

Namun kesalahannya sangat besar, dan Ajax cuba sedaya upaya memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat buat semua staf terutama sekali wanita.

Pengerusi Lembaga Penyeliaan Ajax Leen Meijaard anggap tindakan Marc Overmars letak jawatan adalah keputusan yang tepat.

Meijard berkat: “Ini adalah situasi yang dramatik bagi semua orang yang terlibat dalam apa jua cara. Ia adalah drastik bagi wanita yang terpaksa barhadapan dengan tingkah laku tersebut.”

“Apabila kami mendengar orang kecoh mengenai perkara ini, kami segera bertindak dengan berhati hati, keputusan telah dipertimbangkan dengan teliti dan mengambil kira apa yang terbaik untuk dilakukan, segalanya atas perbincangan dengan pengurus besar Edwin van der Sar dan dibantu oleh pakar luar.”

“Marc mungkin pengarah bola sepak terbaik yang pernah dimiliki Ajax. Kami tidak akan menaik taraf jawatannya dan melanjutkan kontraknya tanpa sebab [sebelum ini].”

“Tetapi malangnya dia benar-benar melepasi sempadan kali ini, jadi untuk dia meneruskan sebagai pengarah bukanlah satu pilihan, dia sendiri pun mengerti.”

“Ia sangat menyakitkan Saya ingin menyatakan hasrat agar semua yang terlibat diberi ketenangan dan privasi untuk menghadapi perkara ini.”

Pengurus besar Edwin van der Sar berkata selepas Overmars letak jawatan: “Saya rasa keadaan ini amat mengerikan untuk semua orang dan saya bersetuju dengan kata-kata Leen Meijaard. Dalam peranan saya, saya juga berasa bertanggungjawab untuk membantu rakan sekerja. ”

“Iklim kerja yang selamat adalah sangat penting untuk semua orang di Kami akan memberikan lebih perhatian kepada perkara ini dalam masa terdekat.”

“Marc dan saya telah bermain bersama sejak awal 1990-an, pertamanya di Ajax dan kemudian di Oranje [Belanda] dan kami telah menjadi rakan sekerja dalam pengurusan Ajax selama hampir sepuluh tahun sekarang.”

“Kini ianya telah berhenti dengan sangat mendadak. Kami mengerjakan sesuatu yang sangat indah di sini, jadi berita ini juga akan menjadi tamparan kepada semua orang yang mengambil berat tentang Ajax.”

Sumber