Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memperkenalkan logo baharu semua pertandingan kelolaan mereka bagi meningkatkan reputasi dan prestij kejohanan tersebut mulai 2021.
Ini termasuk semua pertandingan di peringkat bawah umur seperti Kejohanan AFC B-23 kini ditukar kepada Piala Asia B-23 (AFC U23 Asian Cup), Kejohanan AFC B-19 ditukar kepada Piala Asia B-19 (AFC U19 Asian Cup) dan Kejohanan AFC B-16 ditukar kepada Piala Asia B-16 (AFC U16 Asian Cup).
Manakala kejohanan futsal serta bola sepak pantai dikenali sebagai Piala Asia Futsal (AFC Futsal Asian Cup) dan Piala Asia Bola Sepak Pantai (AFC Beach Soccer Asian Cup).
Pertandingan antara kelab masih dikekalkan dengan nama AFC Champions League dan AFC Cup cuma logo telah diubahsuai dengan menjadi lebih moden serta meningkatkan nilai komersial.
New Era. New Look.#ACL2021 pic.twitter.com/VZLypzHALc
— #ACL (@TheAFCCL) January 4, 2021
New Era. New Look.#AFCCup2021 pic.twitter.com/FGpmqJnCY0
— #AFCCup (@AFCCup) January 4, 2021
Keputusan penjenamaan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pemasaran AFC dan mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC pada bulan Oktober 2020.
Setiausaha Agung AFC, Dato Windsor John percaya perubahan ini dapat meningkatkan lagi nilai pertandingan dan mengukuhkan jenama di peringkat asia.
“Kami percaya perubahan itu mencerminkan kedudukan baru pertandingan dan dengan memperkukuhkan lagi jenama dan nilai komersial pertandingan kami, akan ada manfaat besar bagi AFC dan semua anggota.
“Bukan hanya nama yang akan berubah kerana AFC juga mempunyai Visi dan Misi iaitu terus meningkatkan dan melabur dalam semua pertandingan serta menyediakan platform terbaik untuk bakat Asia pada tahun-tahun mendatang,” katanya dalam satu kenyataan.
The AFC rebrands major national team and club competitions!https://t.co/CP4AsbCIqt
— AFC (@theafcdotcom) January 4, 2021
Logo baharu ini akan mula digunakan secara rasmi pada semua venue pertandingan, hingga siaran televisyen dan saluran media sosial.
Diilhamkan oleh bentuk stadium bola sepak dan warna yang dipakai oleh pasukan kebangsaan Asia, susunan visual dinamik untuk pertandingan pasukan kebangsaan AFC merangkumi tempat di mana juara Asia dinobatkan, para penyokong serta pemain terkemuka di benua.
Fokus AFC adalah untuk membawa kandungan segar dan menarik kepada semua peminat bola sepak Asia melalui saluran rasmi AFC termasuk profil media sosialnya dari pelbagai bahasa seperti Facebook, Instagram, Twitter, Weibo, WeChat, Toutiao, Douyin, LINE, VKontakte dan Telegram, dan laman web AFC.
Semangat disebalik jenama ini juga akan ditunjukkan oleh AFC dan rakan komersialnya dalam pelbagai aktiviti pemasaran yang dirancang untuk menarik peminat di seluruh benua pada tahun-tahun mendatang.
Penjenamaan semula tersebut dikendalikan bersama rakan komersial eksklusif AFC iaitu FMA selama 15 bulan dan pihak berkepentingan di seluruh Asia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United
Ketum PSSI Mahu Indonesia Jadi Juara Di Pentas Dunia Pada Tahun 2021
Status Penyertaan JDT Dalam ACL 2021 Akan Diketahui Pada Minggu Depan