Rob Dawson melaporkan bahawa ada segelintir pemain Manchester United yang kurang berkenan dengan corak dan sesi latihan Ralf Rangnick.
Sebelum ini pemain tidak gembira dengan pendekatan Rangnick yang dianggap terlalu intensif dalam latihan. Dan kemudian pemain mengeluh ketika Rangnick mengadakan sesi latihan sehingga hari malam kerana Rangnick mahu pemain benar benar faham taktikal yang dimahukannya.
Tidak lama selepas itu, perkara itu diselesaikan oleh Rangnick dengan bantuan Mike Phelan. Dan Rangnick lantas mengumumkan bahawa Manchester United akan meninggalkan formasi 4-2-2-2 dan bermain 4-3-3.
Ini selepas ada pemain yang tidak selesa dengan sistem 4-2-2-2 Rangnick.
Terbaru, pemain pemain United dilaporkan tidak gemar dengan cara Rangnick mengendalikan latihan. Ini kerana Rangnick dianggap menggunakan pendekatan yang agak kolot ataupun old school.
đź—ž #mufc players are becoming frustrated with Ralf Rangnick's methods with a section of the squad believing his training sessions are old fashioned. [@RobDawsonESPN]
— UtdDistrict (@UtdDistrict) February 11, 2022
Sumber yang sama melaporkan bahawa ada beberapa pemain yang memerli pembantu Rangnick iaitu Chris Armas, dengan watak fiksyen dalam cerita Ted Lasso.
Man United’s players are frustrated with Ralf Rangnick’s squad selection methods, with some believing his training sessions are “old fashioned”.
Players have also jokingly likened assistant Chris Armas to fictional football coach Ted Lasso, sources have told ESPN. pic.twitter.com/EArcFwJKK7
— ESPN FC (@ESPNFC) February 11, 2022
Manchester United masih bergelut dalam pembentukan DNA bola sepak mereka. Itulah sebab utama Rangnick dibawa masuk pertengahan musim ini. Untuk menyediakan asas DNA yang sesuai untuk United.
Namun beberapa usaha Rangnick masih buntu. Bermula daripada sistem gegenpressing gaya Rangnick yang sukar diamalkan di United kerana pemain menyatakan mereka kurang faham dengan apa yang cuba disampaikan Rangnick.
Malah ada beberapa pemain mempersoalkan kemampuan Rangnick dalam mencorakkan taktikal pasukan.
Selain itu, pemain juga kurang bersetuju dengan pilihan Rangnick. Ini selepas Rangnick lebih cenderung untuk mencalonkan Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu mereka berbanding Mauricio Pochettino.
Namun rata rata pemain lebih memilih Pochettino.
🚨 A number of senior players believe Mauricio Pochettino is the right man for the job and his potential appointment has been openly discussed. Interim coach Ralf Rangnick is an admirer of the Dutch coach and believes he would be a good fit #mufc #mujournal
[@RobDawsonESPN] pic.twitter.com/ewzlVQeAuA
— United Journal (@theutdjournal) February 10, 2022
United kini sedang mencari pengurus baharu untuk musim hadapan. Namun pada masa yang sama tidak menolak kemungkinan bahawa Rangnick juga merupakan salah seorang calon untuk jawatan tersebut.