Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan keputusan undian Piala Presiden & Piala Belia 2022 yang bakal berlangsung bermula pada 23 Februari ini.
Majlis undian tersebut berlangsung pada penutup Taklimat Pasukan Piala Presiden & Piala Belia 2022 selama dua hari bermula pagi semalam yang dirasmikan oleh Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM dan turut dihadiri oleh Exco FAM, ACP (Bersara) Md Dali Wahid selaku timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan.
Bagi kedua-dua pertandingan ini, 20 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 7 pasukan dari Zon Utara dan Timur, Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 7 pasukan dari Zon Selatan, Timur dan Tengah manakala Kumpulan C (Zon Tengah) dengan 6 pasukan dari Zon Tengah, Timur dan Borneo.
Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung secara home dan away dari 23 Februari hingga 13 Julai 2022 bagi Piala Belia dan dari 24 Februari hingga 14 Julai 2022 bagi Piala Presiden dengan lapan pasukan terbaik iaitu dua pasukan teratas setiap kumpulan dan dua pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Suku Akhir.
Undian untuk menentukan susunan kedudukan pasukan bagi perlawanan peringkat kalah mati bagi kedua-dua pertandingan turut diadakan dengan saingan peringkat kalah mati – Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final akan dijalankan secara home dan away bermula 24 Julai hingga 11 September 2022.
Wakil setiap pasukan bertanding terdiri daripada pengurus dan koordinator pasukan telah diberikan taklimat berkaitan kalendar dan peraturan pertandingan, undang-undang permainan, sistem pendaftaran pemain dan pegawai, pemasaran, media, tatatertib dan status pemain serta perubatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Liga Belum Pun Bermula, Melaka United Kini Berdepan Masalah Tunggakan Gaji
Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan
Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?
FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama
Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta