Oleksandr Zinchenko telah menyeru agar semua atlet dari Rusia dan Belarus diharamkan daripada sukan peringkat tertinggi, kerana pencerobohan ke atas Ukraine yang berterusan.

Baca Juga:

Pencerobohan Rusia ke atas negara asal Zinchenko telah memberi kesan besar kepada sukan tahun lepas, dengan Rusia diharamkan menyertai Piala Dunia 2022.

Manakala 30 negara Olimpik menulis surat kepada IOC mengkritik penyertaan mereka dalam sukan tersebut.

Walaupun beberapa sukan mengharamkan Rusia daripada terlibat atau menyertainya, namun begitu ada banyak sukan individu membenarkan atlet dari negara tersebut bertanding.

Terutamanya kedua-dua jelajah ATP dan WTA dalam tenis, serta acara grand slam.

Satu-satunya pengecualian sebelum ini adalah acara Wimbledon, yang kini telah mengubah keputusan untuk kejohanan musim panas ini dengan membenarkan semula atlet Rusia bertanding.

Perubahan polisi itu membuatkan Zinchenko tidak bersetuju dengan langkah itu.

Bercakap kepada Piers Morgan di TALKTV, pertahanan Arsenal itu berkata bahawa dia percaya semua atlet dari Rusia dan Belarus harus menghadapi larangan atau diharamkan secara total.

Morgan membuka wawancara mereka, bercakap mengenai keputusan Wimbledon untuk membatalkan larangan itu dan bertanya kepada bekas bintang Manchester City itu jika dia bersetuju.

“Saya tidak bersetuju,” jawab Zinchenko.

“Saya adalah salah seorang dari Ukraine yang tidak suka melihat mereka berada dalam tahap tertinggi dalam mana-mana sukan.”

“Adakah mereka sepatutnya diharamkan? Dan adakah anda fikir kedua-dua negara, Rusia dan Belarus?”, Morgan bertanya kepadanya.

“Pasti,” kata pemain Arsenal itu.

“100% mereka tidak sepatutnya dibenarkan. Kenapa? Kerana berapa banyak bom dan roket dihantar dari Belarus? Berapa banyak?”

Zinchenko menganggap pandangannya bukanlah berbaur politik. Tetapi menyentuh isu kemanusiaan dan perang.

Zinchenko dengan nada tegas berkata: “Dengar sini! Saya bukan campur adukkan politik. Saya tidak faham apa-apa mengenainya [politik], saya tidak faham dan saya tidak akan faham. Kerana ini bukan bidang saya.

“Tetapi, ini bukan politik.”

Morgan mencelah berkata: “Ia hidup dan mati!”

“Ia adalah peperangan,” tambah Zinchenko.

“Dan mereka bercakap tentang jangan kaitkan politik dalam sukan. Ini bukan politik ini perang.”