Oleksandr Zinchenko dianggap sangat hipokrit setelah memuat naik hantaran media sosial yang menyatakan: ‘Saya bersama Israel’ sebagai sokongan kepada Israel.

Baca Juga:

Ianya mendapat reaksi ramai pihak. Kerana mesej itu dianggap mirip kepada mesej yang dinyatakan Ozil ketika menegaskan dia menyokong Uighur satu ketika dahulu.

Mereka berkata, jika Mesut Ozil dikira bermotifkan politik, maka apa bezanya dengan Zinchenko?

Beberapa tahun lalu, setelah Ozil membuat kenyataan terbuka menyatakan sokongan kepada Uighur, dia terus dikenakan tindakan oleh kelab.

Arsenal terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyokong tindakan Ozil yang dianggap berbaur politik.

Ozil kemudian hilang kontrak tajaan dengan Adidas dan juga Konami serta jenama lain. Dengan masa depannya di Arsenal turut bergelora.

Ia menjadi titik tolak kepada hubungan retak antara Ozil dan pengurusan tertinggi Arsenal pada masa itu.

Kini kapten Ukraine, Zinchenko menyatakan sokongan terbuka kepada Israel. Peminat Arsenal ramai tampil mengecam pemain itu.

Seterusnya ada juga menyatakan bahawa Zinchenko sebagai hipokrit, kerana dia menggelarkan Rusia sebagai pengganas namun begitu dia menyokong Israel.

Ada juga yang mengingatkan Zinchenko bahawa pemain itu dahulu selalu menangis mengkritik Rusia yang menyerang negaranya. Ketika itu ramai yang simpati dengannya. Kini dia pula menyokong Israel.

Instagram Zinchenko dilaporkan dihentam teruk ramai pihak. Dan akhirnya pemain itu dikatakan telah memadamkan hantaran kontroversi itu dan meletakkan Instagramnya dalam mod peribadi.

Arsenal akan menentang Manchester City pada minggu ini. Dan ianya merupakan aksi tumpuan melibatkan 2 pasukan yang bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris.