Roberto De Zerbi dan bekas jurulatih Serie A, Mircea Lucescu kini berada di Kyiv ketika tentera Rusia menyerang Ukraine.
Lucescu kemudian menafikan khabar angin bahawa dia mahu meninggalkan negara tersebut untuk kembali ke negara asalnya Romania kerana perang sedang berlaku.
Lucescu malah berkata: “Saya tidak akan pergi, saya bukan pengecut,” kata bekas pengurus Inter dan Brescia itu.
Vladimir Putin mengumumkan “operasi ketenteraan” dan tentera Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine.
Bekas jurulatih Sassuolo Roberto De Zerbi kembali ke Kyiv hanya beberapa hari lalu, selepas menamatkan latihan Shakhtar di Turki.
Pakar taktikal dari Itali itu tidak menjawab soalan daripada media Itali sejak beberapa hari lalu dan dia dilaporkan sudah mengumpulkan stok makanan dan air berikutan nasihat daripada kedutaan Itali.
Buat masa ini, sangat mustahil untuk De Zerbi bersama sama dengan pegawainya yang lain berasal dari Itali untuk kembali ke negara mereka pada ketika ini. Kerana Ukraine menutup kesemua lapangan terbangnya.
🚨 There are 9 Italians in the technical staff of Shaktar Donetsk: Roberto De Zerbi & 8 staff. From today the team will no longer train, their match on Saturday is postponed and the airport is closed. Impossible to return to Italy. Staff closed off in a hotel. [@MCriscitiello] pic.twitter.com/rntYsB7jPY
— Italian Football News 🇮🇹 (@footitalia1) February 24, 2022
Liga Ukraine sepatutnya disambung semula selepas cuti musim sejuk hujung minggu depan tetapi kini telah digantung, seperti yang disahkan oleh bekas jurulatih Serie A, Mircea Lucescu, yang kini mengetuai Dinamo Kyiv.
“Semua aktiviti sukan di Ukraine telah digantung selama 30 hari,” katanya, seperti dipetik dari Calciomercato.com.
Lucescu menyatakan bahawa dia akan terus berada di Kyiv. Tempat dia mencari rezeki. Dan sedia bersama sama dengan masyarakat di sana dalam susah dan senang, serta mempertahankan bandar mereka jika perlu.
“Saya tidak akan meninggalkan Kyiv untuk kembali ke Romania. Saya bukan pengecut. Saya harap orang besar yang tidak berotak ini akan menghentikan perang ini, saya tidak fikir ia mungkin berlaku.”
Dynamo Kyiv manager Mircea Lucescu: "All sporting activity in Ukraine was suspended for 30 days. I will not leave Kyiv to return to Romania, I'm not a coward. I hope these big people with no brains will stop this war. I never thought this was possible" pic.twitter.com/XSDbrwh9JN
— Emanuel Roşu (@Emishor) February 24, 2022