Zinedine Zidane menyatakan bahawa kekalahan pasukannya dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol bukanlah satu kegagalan.

Real Madrid gagal mempertahankan Piala Super Sepanyol yang mereka menangi ketika aksi di Arab Saudi tahun lalu.

Real Madrid kalah 1-2 di tangan Athletic Bilbao. Selepas tamat perlawanan, Zidane berkata: “Tidak, ini bukan satu kegagalan. Gagal itu bermaksud tidak mencuba dan menyerah kalah semua benda.”

“Namun kami memberikan kesemuanya yang kami ada hari ini. Kamu tak akan sentiasa menang, namun kami akan cuba menang dalam aksi seterusnya.”

Selain itu, Zidane mengakui bahawa pasukannya memulakan permainan dengan teruk.

“Babak pertama kami tidak bagus, tetapi mereka hanya mempunyai dua peluang dan menjaringkan kedua-duanya. Pada babak kedua ia sama sekali berbeza. Kami mencipta peluang dan menyerang dan menjaringkan satu gol, tetapi kami tidak dapat menyamakan kedudukan.”

Zidane kemudian mengakui bahawa Eden Hazard agak hilang keyakinan dirinya dan meminta pemain itu mendapatkan semula keyakinan tersebut.

“Kami mengubah formasi kerana saya tidak menyukainya dan kami bermain dengan Eden di sebelah kiri lagi dan Marco di sebelah kanan. Kami lebih baik dengan cara itu.”

โ€œEden perlu mendapatkan keyakinannya sedikit demi sedikit dan memiliki permainan yang bagus dan menjaringkan gol. Ia sedikit demi sedikit. Kami kenal permaiannya.

“Saya tak rasa orang dah putus asa dengan dia. Kita perlu bersabar. Saya tahu peminat mahu melihat versi terbaiknya, tetapi perlu ada kesabaran. Dia mahu majukan diri. Hari ini bukan hanya mengenai Eden, tetapi juga mengenai semua orang. ”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Arsenal Gagal Menang Di Emirates, Palace Lanjutkan Rekod Tak Kalah Berdepan Arsenal

Zidane Tak Tahu Pun Jovic Dah Nak Pindah Balik Kelab Lama

Clattenburg: ‘Klopp Hipokrit Persoal Penalti United’