Prestasi cemerlang Arsenal dalam 4 perlawanan terakhir (3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris) sekali lagi calar apabila sekadar seri 0-0 berhadapan dengan Crystal Palace dalam aksi di Emirates.
Dengan hanya meraih 1 mata, maka Arsenal terus kekal di tangga ke-11 – gagal menyamakan mata mereka dengan pasukan West Ham dan Chelsea serta Aston Villa.
❌ Tierney
❌ MariHere’s how Arsenal line up for today’s Premier League clash against Crystal Palace 🔴#ARSCRY pic.twitter.com/JoQIYNokXn
— GOAL (@goal) January 14, 2021
Arsenal mendapat tentangan yang sengit daripada Crystal Palace – seperti biasa. Walaupun Arsenal memiliki lebih banyak penguasaan bola namun Palace boleh dikatakan mengimbangi jumlah percubaan ke arah gol.
Arsenal melakukan 11 percubaan, Palace pula dengan 12 percubaan.
Pasukan utara London itu seharusnya menyalahkan diri sendiri. Di mana mereka mendapat sejumlah peluaang namun tidak memanfaatkannya.
Arsenal hampir mendapat peluang gol pada minit ke-20, tetapi kapten Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang terus kehilangan sentuhan berbisanya seperti 2 musim sebelum ini.
Tidak lama kemudian Bukayo Saka pula terlepas peluang untuk menjaringkan gol.
Pada minit ke-39, James Tomkins nyaris meenggegarkan gawang Arsenal menerusi tandukan bahaya.
Selepas menyedari pasukannya dalam kesukaran, Arteta mengarahkan para pemainnya lebih intensif pada separuh masa kedua. Bermula sahaja wisel sambungan, Saka hampir mendapat gol pada mnit ke-48. Penjaga gol Crystal Palace- Vicente Guaita – terus ampuh bertahan.
Pada minit ke-63, Ainsley Maitland-Niles mensia siakan hantaran oleh Rob Holding. Arsenal terus bergelut untuk mendapatkan gol yang dicari.
Menjelang minit minit akhir perlawanan, The Eagles memutuskan untuk cuba mempertahankan 1 mata dalam kedudukan tanpa jaringan.
Arsenal terus mengasak namun Roy Hodgson sudah mempersiapkan dirinya untuk menghampakan Arsenal sekali lagi. Di mana mereka sekarang ini tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir menentang Arsenal.
Crystal Palace are now unbeaten in their last five Premier League games against Arsenal.
◉ 1 win
◉ 4 drawsArsenal’s longest winless run against the Eagles in the top-flight. pic.twitter.com/00CEpHp2eS
— Squawka (@Squawka) January 14, 2021
Tamat perlawanan, Arsenal 0 Crystal Palace 0.
David Luiz menyeadari mereka harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan kemenangan semula.
💬 "It's up to us to try to find some new solutions and that's frustrating because I think we could have won the game."@DavidLuiz_4 gives his take on #ARSCRY…
— Arsenal (@Arsenal) January 14, 2021
Baca juga perkembangan lain
DFB Pokal: Skuad Serba Bintang Bayern Disingkirkan Pasukan Bawahan