Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan hanya memerlukan satu kemenangan lagi bagi mengekalkan jawatan beliau sekaligus terus mengendalikan pasukan musim ini.

Kemenangan 1-0 ke atas Perak semalam nyata memberi sedikit kelegaan kepada Zainal yang sebelum ini diberi kata dua oleh pengurusan pasukan setelah menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan.

Sebelum aksi menentang Perak, Melaka hanya mengutip dua kemenangan dalam lima perlawanan dan keputusan ini menyebabkan mereka menghuni tangga ke-10 dalam carta Liga Super.

Melaka akan turun menentang Kedah Darul Aman di laman sendiri dan hanya kemenangan akan mengekalkan jawatan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih.

Sekiranya gagal berbuat demikian, besar kemungkinan beliau akan digantikan dimana dua jurulatih iaitu bekas jurulatih Perak, Mehmet Durakovic dan bekas pengendali Felda United, Nidzam Jamil menjadi pilihan.

Durakovic dilihat sebagai calon pilihan utama berdasarkan rekodnya yang pernah memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali bersama pasukan Selangor dan Perak.

Bagaimanapun, sumber tersebut menjelaskan usaha memancing Durakovic sedikit sukar kerana permintaan gaji beliau yang tinggi dianggarkan sekitar RM180,000 sebulan berbanding Nidzam Jamil yang dianggar sekitar RM30,000 sebulan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Stuart Ramalingam: Tugas FAM Untuk Kekal Tidak Berat Sebelah

TMJ Secara Santai Melawat Bilik Persalinan Pasukan Terengganu, Ucap Tahniah Menang Keatas JDT

UiTM Beri Peluang Kedua Kepada Frank Bernhardt Kendalikan Pasukan