Pihak pengurusan UiTM FC memutuskan untuk memberi peluang kedua kepada Frank Bernhardt bagi mengendalikan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam selepas UiTM tewas kepada Petaling Jaya City FC dengan keputusan 1-0 baru-baru ini.
Reduan Abdullah 'direhatkan' apabila Frank Bernhardt kembali diberi kepercayaan untuk mengendalikan UiTM FC! https://t.co/tnnYhrJpCX
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 25, 2021
Sebelum ini, bekas ketua jurulatih skuad B-23 tahun negara itu direhatkan apabila UiTM tewas kepada Perak dengan keputusan 3-2 pada 7 April lalu dan melantik Reduan Abdullah sebagai pengganti.
Namun, Reduan gagal memberikan kemenangan dalam tiga perlawanan di bawah kendalian beliau sekaligus The Lions Troop kekal menghuni tangga tercorot liga dan menjadi satu-satunya pasukan yang belum meraih kemenangan dalam saingan Liga Super setakat ini.
Kedudukan terkini Liga Super selepas 10 perlawanan.#VocketFC#LigaSuper2021 pic.twitter.com/DWzrtfbCRx
— VOCKET FC (@vocketfc) April 25, 2021
Frank Bernhardt akan menyertai sesi latihan pada isnin ini dan UiTM bakal bertemu dengan satu lagi pasukan yang menghuni tangga tercorot iaitu Sri Pahang pada 1 Mei hadapan.
Selain itu, UiTM dikhabarkan bakal melepaskan beberapa pemain import dan seorang pemain dari Timor Leste bakal menyertai sesi latihan pasukan pada Isnin ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Nasir Basharudin: Disiplin Tinggi, Kurang Kesilapan Jadi Kunci Kemenangan Terengganu
Wartawan Thailand Dedah Adisak Kraisorn Terima Tawaran Dari JDT