Bekas ketua jurulatih pasukan Kelantan dan Kuala Lumpur, Yusri Che Lah dilaporkan telah menolak beberapa tawaran yang diberikan oleh kelab Liga Malaysia untuk menjadi ketua jurulatih.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yusri berbuat demikian setelah beliau lebih berminat dengan tawaran untuk menjadi ketua jurulatih skuad pelapis yang menyerupai Harimau Muda pada saingan musim hadapan.
Yusri Che Lah mungkin terpaksa tolak lamaran Pahang apabila difahamkan lebih berminat dengan tawaran menarik selaku jurulatih skuad pelapis negara ala Harimau Muda. Pengumuman rasmi dalam masa terdekat.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 1, 2020
Zulhelmi turut melaporkan saingan Liga Perdana pada musim hadapan berkemungkinan besar akan diwarnai oleh skuad pelapis seperti mana pasukan Harimau Muda beberapa tahun lalu.
Akan tetapi, langkah ini mendapat kritikan dari peminat bola sepak tanah air dimana majoritinya berpendapat idea tersebut seperti langkah ke belakang.
Liga Malaysia 2021 tampak meriah apabila difahamkan skuad pelapis negara persis Harimau Muda akan beraksi dalam saingan Liga Perdana!
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 1, 2020
4 Jurulatih dimaksudkan
1.Yusri Che Lah
2.S.Vello
3.Hassan Sazali Waras
4.Firdaus Aziz— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) December 1, 2020
Selain Yusri Che Lah, ada tiga lagi jurulatih yang disenarai pendek untuk mengendalikan pasukan pembangunan yang akan dibarisi oleh pemain muda itu nanti.
Tiga nama yang dimaksudkan ialah Hassan Sazali Waras, S.Vello dan Firdaus Tan Abdul Aziz.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Diogo Luis Santo Sarung Jersi Bernombor 7 Bersama BG Pathum United