Bekas penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo sah menyertai kelab Thai League 1, BG Pathum United bagi menghadapi saingan musim 2021.
Perkara ini diumumkan oleh BG Pathum menerusi laman media sosial rasmi pasukan pada semalam dimana Diogo bakal menyarung jersi bernombor 7 bersama kelab tersebut.
WELCOME !! @diogooluis TO BG PATHUM UNITED 🐰💪🏻💙
ยินดีต้อนรับ ดีโอโก้ หลุยส์ ซานโต สู่ทัพ “เดอะ แรบบิท” บีจี ปทุม ยูไนเต็ด 🎉#BGPATHUMUNITED #BGPU #D70GOAL #บีจีปทุมยูไนเต็ด pic.twitter.com/yeSR4zAG3A
— BGPU OFFICIAL (@bgpuofficial) December 1, 2020
Setelah dua musim beraksi di Liga Malaysia, Diogo Luis Santo memutuskan untuk kembali ke saingan Thai League, yang menyaksikan pemain berusia 33 tahun itu menghabiskan empat musim bersama Buriram United sebelum menyertai JDT.
Bersama JDT, Diogo telah memenangi beberapa kejuaraan antaranya saingan Liga Super pada musim 2019 dan 2020 serta trofi Piala Malaysia pada edisi 2019 dengan menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akhir.
Diogo merupakan pemain pertama yang ditandatangani oleh BG Pathum bagi menghadapi saingan liga domestik serta AFC Champions League (ACL) pada musim hadapan.
Kelab yang turut diwakili oleh pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha itu dikhabarkan berminat untuk mendapatkan seorang lagi penyerang iaitu Teerasil Dangda yang ketika ini beraksi di J. League bersama Shimizu S-Pulse.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
RASMI: Persija Jakarta Umum Ryuji Utomo Dipinjamkan Ke Pasukan Pulau Pinang Musim 2021
Jurulatih UAE Dipecat Lagi, Zoran Mamic Bakal Ganti Tempat Jorge Luis Pinto